HELLO!!

Monday, 21 December 2015

ROOMATE

Assalamualaikum

Post bebas kali ini adalah aku nak ceritakan tentang rakan sebilik aku.Dia merupakan budak pengajian islam dan senior.Maksudnnya lagi tua dari aku.Jujur la waktu mula-mula tu aku sukar untuk menerima sebab aku takut benda yang sama aku lalui dulu.Tapi setelah itu,setelah fikir-fikir balik dan muhasabah,,cewahh,,bukan ke doa aku sebelum ini termakbul..Mungkin dia adalah rakan sebilik yang terbaik untuk aku sebab itu la allah hadirkan dia dalam hidup ku.

Dia banyak mengingatkan kembali apa yang aku pernah belajar sebelum ini,,Kiranya apa yang aku belajar sebelum ini bukan semata-mata untuk peperiksaan sahaja.Dan dia juga banyak bagitahu apa yang aku tak tahu.Seronok la.Beroomate dengan orang yang berbeza kos dan umur.Banyak benda yang boleh ketahui bukan dalam skop pembelajaran untuk kos aku jer.Disamping itu,dia juga akan saling kejut-mengejut untuk solat terutamannya waktu subuh.Saling mengingati.Dia juga buat aku kagum dengan sesuatu yang aku tak mampu untuk tafsirkan.

Rasa sunyi bilik ini bila akak tu sibuk dan aku pun sibuk.Kadang-kadang malam pun dua-dua tidur.Dan ada satu masa rasa terhru sangat kitorang berkomunikasi melalui whatsapp.Kelakar kan??Tapi....Entah la nak cakap macam mana rasa macam ukhwahh yang kuat..Insyallah.

Itu sahaja yang aku mampu post untuk kali ini.


Sekian.

Epilog

Assalamualaikum

Post pada minggu ini adalah post  wajib terakhir untuk aplikasi komputer iaitu epilog.Walaupun kelas aplikasi komputer dah berakhir tapi tak bermakna ilmunya berterbangan begitu sahaja.Insyallah akan diaplikasikan sebagaimana namanya,,Hihiihi.Epilog adalah pengakhiran.Seperti yang aku post sebelum ini adalah prolog yang bermaksud permulaan.Setiap permulaan ada pengakhirannya kan??

Jadi pengakhiran sem 1 dah bermula,walaupun peperiksaan akhir belum bermula.Tetapi secara tak rasminya kira dah berakhirlah kan..Alhamdullilah apa yang aku dapat simpulkan untuk sem 1 ialah belajar daripada kesilapan jangan mengulanginya lagi untuk sem 2.Tetap berusaha sebaik yang mungkin.Apa yang penting berbalik pada niat.

Pada masa yang sama,minggu ini adalah minggu pembentangan.Semoga semua berjalan dengan lancar.Kebanyakan aku lihat semua kumpulan dah macam happy family dan macam-macam ragam dapat tengok.Yang paling penting aku suka tengok semua kumpulan bertungkus-lumus menyiapkan video.Ada yang nak berahsia,kira macam surprise gitu..Tak kisah lah apa-apa pun asal bahagia.
Akhir sekali,jangan stress sangat.”Noted for myself too”.Setiap kepayahan,kesulitan,kesukaran  dan pengorbanan yang dilakukan pasti diiringi dengan seribu hikmah yang tidak kita ketahui..Macam doa kita minta yang pengakhiran juga yang terbaik.


Sekian

Sunday, 13 December 2015

Group@Kumpulan

Assalamualaikum

Untuk post bebas entry aku kali ini aku bercadang untukmenceritakn tengang ‘group’atau dlm bahasa melayunya kumpulan.Motif aku memilih tajuk ini sebab aku dan yang lain ada aktiviti berkumpulan untuk citra taekwando.Dan perlu melakukan demo untuk final bagi sem ini..Aku dan kumpulan aku  memang tak kenal antara satu sama lain.Pada mulanya ,aku bercadang untuk join kumpulan dengan roomate aku dan kawan-kawannya sebab fikir senang untuk berlatihh sama-sama memandang kami dari kolej yang sma.Tapi malangnnya kumpulan roomate aku tu hanya memerlukan seorang.Pastu,Aku decide join kumpulan orang lain.Isi jer kumpulan yang kosong walaupun tak kenal.


Pada permulaannya,memang sukar tapi diorang baik-baik jer..Semua dari kolej lain-lain aku,elyna dan ain kolej yang sama.Memang tak dinafikan aktiviti berkumpulan memang sukar untuk memberi komitmen..Minggu latihan banyak kali juga la aku tak dapat datang sebab ada kelas la,meeting kolej etc..huhuhu,,,kesian kat diorang,,Tapi diorang banyak bersabar dalam mengajar aku dalam pergerakan untuk demo..dan jujurlah aku katakan sampai satu tahap rasa putus asa.Halangan yang paling utama apabila makin dekat untuk persembahan makin malas nak turun berlatih,,Tapi gagahkan juga dengan tak samanya pergerakan..Tapi alhamdulilah persembahan hari ini okay lahh..Memang nervous takut..Tapi waktu tu dalam otak aku.Di samping menjalankan tanggungjawab,Aku nak buat yang terbaik dan have fun agar semua tu tak jadi beban kalau kita fikir buat benda tu hanya terpaksa dan lepas tu dahh.Memang akan rasa terbeban.Aku harap untuk pembentangan powerpoint,aku dapat bentang dengan baik.Dan dapat bercakap di khalayak ramai sebagaimana persembahan aku pada hari ni walaupun tak menggunakan suara,,

PROLOG

Assalamualaikum,
Tema post untuk  minggu ke -12 ialah prolog.Prolog merupakan permulaan penceritaan.Biasanya prolog ini kita dapat temui dalam novel-novel untuk menceritakan bahagian dalam novel tersebut atau ‘flashback’peristiwa yang telah berlaku.

Prolog juga boleh didapati dalam kehidupan kita dalam sedar atau pun tak.Hakikatnya,prolog juga wujud dalam hidup ini,,Pada permulaan penceritaan mungkin kisahnya tragis,suka dan duka mungkin juga perkara yang  kita tidak jangkaan.Tapi prolog kehidupan aku di sini,banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar  untuk sentiasa tabah dan kuat untuk menghadapi peringkat seterusnya.Macam main game juga.Aku  keluar dari zon selesa aku yang sebelumnya ,melihat dunia luar yang sebenar.Semua tak seperti yang aku mimpi dan aku dambakan.Tapi apa-apa pun permulaan penceritaan harus diteruskan juga kan??Walaupun perihnya walau sakit sekali pun...Sebab??Setiap permulaan ada pengakhirannya kan??So, untuk pengakhiran..’Just wait and see’.What’ll happen,,Happy ending or......


Akhir sekali,aku ucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja kerana sudi hadir dalam prolog atau permulaan cerita aku.Dan sentiasa setia memberi tunjuk ajar,nasihat,motivasi,kata-kat semangat dan sebagainya..Harapnya ia akan terus kekal..Aku juga bersyukur prolog kehidupan aku tak adalah tragis sangat dan masih mampu ditangani..hihiihihi..Yang penting harus ada kesedaran..Harap post ini ada masuk dengan tajuk diberikan.

Sekian

Monday, 7 December 2015

NOVEL aKU



Assalamualaikum

Post yang wajib pada minggu ini ialah akronim menggunakan nama sendiri.Jenuh juga la fikir sebab tak tahu apa.Nama aku Nor Asiah.Jadi aku kena  cari perkataan yang bermula dengan huruf  N dan A.Agak sukar nak cari perkataan yang sesuai dan  jalan cerita yang boleh diceritakan tapi aku cuba,,hehehehe

Untuk akronim nama aku,aku memilih untuk menceritakan tentang “novel aku”.Pada mulanya aku tak suka baca novel.Aku masih ingat novel pertama yang aku baca adalah Adam dan Hawa lepas tu memang dah tak baca da.Aku baca pun sebab diorang cakap novel tu best giler.Dan aku nak tahu apa lah best sangat baca novel ni.Jadi aku cuba la.Memang tebal lepas tu dah tak baca.Aku mula berjinak baca novel lepas tingkatan 5.Bosan kan.Nak kerja parents tak bagi.So novel  la jadi target aku.Memang  ketagih la lepas tu.Kalau pergi kedai buku memang la... Bahagian yang tak terlepas pergi adalah bahagian novel..hahahaha..

Akhir sekali,novel aku yang suka adalah terbitan penulisan2u,JS dan tak ingatlah ,,hihhiii,,Yang penting novel aku baca tu tulisan dia tak padat dalam satu muka surat..Aku tak suka sebab terlalu padat dan serabut,,,hihihii,,,Tu je yang aku mampu cerita tentang akronim nama sendiri..Ketandusan idea,,hiihii


Sekian

Sunday, 6 December 2015

<QALBUN, HATI,HEART>

Assalamualaikum


Post kali ini aku post pasal hati,heart tau Qalbun.Post ini bukan nak cerita pasal cinta atau seangkatan dengannya.Aku nak cerita betapa bersyukurnya kerana hati ini masih diketuk dan masih menerima,mendengar nasihat.Kenapa aku cakap macam tu??Hari sabtu hari tu aku pergi dengar ceramah yang bertajuk “Antara cinta dan maruah”.Apa yang aku nak higlightkan dekat sini ialah perjalanan ke panggung seni.Aku,Elyna dan Aisyah berjalan kaki. Pada mulanya aku nak pergi dengan bas tapi waktu tu dah nak dekat isyak dan aisyah nak solat dekat masjid secara berjemaah.

Saat dan ketika itu hati ini berasa sangat luluh tatkala kaki melangkah masuk ke masjid.Kerana terasa terlalu lama tak solat jemaah.Apabila mendengar alunan bacaan daripada imam rasa yang tak dapat digambarkan.Mungkin diri ini terlalu alpa.Tapi walau apa-apa pun aku rasa sangat bersyukur kerana hati ini masih menerima dan tak ‘rebel’.

Tatkala keluar daripada masjid terlihat jenazah.Hati ini terasa syahdu sangat terus terfikir bagaimanalah keadaan ibu bapa dan keluarga.Aku harap diorang dalam keadaan yang sangat baik.Aku juga terbayangkan macam mana keadaan aku kalau aku berada dalam keadaan itu.Adakah aku cukup kuat untuk menghadapi situasi itu??Hati ketika itu menangis dan hiba...

Aku berharap hati ini sentiasa hidup,segar dan tak mati....

Sekian,

Sunday, 29 November 2015

UJIAN

Assalamualaikum,

Aku nak bercerita tentang UJIAN.Setiap orang ujiannya adalah berbeza-beza mengikut kemampuannya..Setiap orang pasti akan diuji dan takkan terlepas daripada diuji.Terkadang ada yang mampu untuk menghadapi ujian itu dengan tabah,kuat dan etc.Ada yang menyalahkan diri sendiri diatas ujian yang dilaluinya tetapi menyalahi diri sendiri seperti juga kita menyalahkan takdir kan?Apa yang aku rasa terbaik ialah lalui ujian itu dengan senyuman walau seperit mana pun ujian tu.Kerana ujian datang dalam pelbagai bentuk. Kita terkadang diuji dengan kata-kata sendiri,diuji dengan orang sekeliling,musibah yang menimpa keluarga dan orang disayangi,ujian atas kertas,ujian sewaktu temuduga.Ada juga yang di uji dengan hati,perasan.


Tak kesahlah apa-apa  ujian sekali pun.Aku pasti dan yakin  dalam setiap perjalanan menempuh ujian itu pastinya kita akan jatuh,tersungkur dipertengahan jalan serta perlu melalui liku-liku yang perih.Dan terkadang tak mampu untuk bangkit kembali untuk menghadapi ujian itu.Aku juga pernah merasainya juga..Hilang semangat,lelah untuk menghadapinya.Tapi pendapat aku ialah kembali ke pangkal jalan.Mula balik.Mungkin sesetengah orang merasa membazir je.Baik terus berhenti.Percayalah terkadang ujian yang kita hadapi adalah sesuatu nikmat yang diberikan untuk kita sentiasa sedar tak semua benda yang kita nak adalah yang terbaik bagi kita dan tak semestinya yang buruk pada pandangan kita adalah buruk.Apa yang penting bagaimana sudut pandangan kita terhadap ujian yang kita hadapi.Kalau kita lihat dari sudut positif ujian itu maka positiflah ia.Kalau sebaliknya jadilah sebaliknya.

Omega



Untuk post bertema kali ini aku dapat tajuk omega..Aku pun tak tahu lah macam mana dapat tajuk tu.Yang pasti tajuk blog tema setiap orang pada minggu ni berbeza.Omega??aku pun tak tahu apa sangat pasal omega ni..Tapi aku cuba lah cari omega ni ape benda dan aku cuba untuk tulis pada blog berkaitan dengan omega.

Yang aku tahu omega ni jenama jam berjenama,mewah dan agak mahal la,,Dari sudut omega dalam makanan memang banyak sebabnya omega bukan ada satu jerr dia ada pulakk anak-anaknya.Contoh omega 3,omega 6 etc,,Kali ini aku cerita sedikit tentang omega 3.Iaitu sejenis lemak yang tak diperlukan sangat oleh badan.Tetapi ada sesetengah badan yang tak dapat menghasilkan lemak tu.Oleh itu,omega ini diperoleh melalui makanan tambahan(supplement).

Manfaat omega 3 adalah  bagi pertumbuhan sel otak, organ penglihatan dan tulang, serta menjaga sel-sel pembuluh darah dan jantung tetap sehat. Omega 3 sangat penting bagi perkembangan sel-sel otak karena 40% asam lemak di otak terdiri atas asam lemak Omega 3.
Bagi kita,yang tak tahu dan merasakan lemak tu hanya boleh bagi kesan negatif jerr kan??Tapi sebenarnya lemak juga diperlukan oleh badan.Kalau badan tak dapat menghasilkan lemak perlulah dapatkan omega 3.


Sekian,

Sunday, 22 November 2015

EMOSI/TIKAM

Emosi??Datang dalam pelbagai keadaan seperti marah,sedih,kecewa etc. Setiap orang emosinya berbeza-beza mengikut mood..Kadang-kadang emosi juga  berlaku berpunca daripada orang lain.Terkadang emosi juga datang akibat terpengaruh.Mesti pelik kan macam mana emosi pun boleh terpengaruh.Aku pun terkadang emosi tak stabil juga bila tertekan sangat tetiba jer air mata akan keluar,Kelakar kan,,Hihihihihi,,,Kalau tengok orang sedih pun aku akan menangis juga tapi bergantung la sebab apa dia terasa sebak,kesian macam-macam la..Dan bila orang lain kena marah dan aku pun ada dekat dengan dia aku akan rasa takut dan nak nangis juga sebab aku rasa macam aku yang kene marah,,Hahahaha,,Tapi sekarang aku tahan semua emosi tu bukan sebab ego tapi tak nak menampakkan aku ni terlalu lemah,Tetapi terkadang terleps juga emosi tu walau cuba kawal macam mana pun..sebab bagi aku orang beremosi ni selalu bersebab dan mempunyai alasannya sendiri dan aku rasa tu tak salah,,Dan setiap orang cara pengawalan emosinya juga berbeza-beza,,
sekiam

NEW CHAPTER

Assalamualaikum

Sebelum aku datang kesini selepas cuti mid sem aku berjanji dengan diri aku.Bahawa apabila selangkah kaki aku melangkah masuk UKM selepas cuti mid sem aku nak buka buku baru dengan cerita baru semangat baru..Tetapi sekarang aku tetiba terfikir adakah aku dapat penuhinya??Sejujurnya sekarang aku berasa sangat berputus asa tetapi mengingatkan balik niat aku sebelum cuti mid aku berazam dan beriltizam untuk move on..Yang membuatkan aku lebih sebak adalah mengingatkan kembali niat aku sebelum datng ke sini dan kata-kata ayahku..Terkadang aku terfikir  rasa sedih ada juga sebab janji dengan diri sendiri pun tak mampu nak penuhi. Aku rasa,aku dah jauh dari aku yang asal dan sekarang aku cuba untuk berpatah balik  kepada niat asal ku.Walaupun sesusahh mana pun.Aku yakin kalau kita memudahkan semua akan berjalan lancar.Dan memudahkan tak semestinya memandang setiap benda remeh tetapi aku ingin berusaha ke arahnnya..Insyallah..Aku berharap setiap langkah aku seterusnya dipermudahkan dan aku tak lagi tersasar dari niat sebenar..


Sekian,,

Friday, 13 November 2015

Welcome My Dear


Assalamualaikum

Coretan bebas kali ini mungkin agak bosan tapi bagi aku sangat mengujakan.11.11.2015.Cantikkan tarikh tu??Aku pun baru perasan tarikh tu waktu pergi kedai untuk isi borang.Kalau tak aku tak perasan pun.Apa yang aku seronok dengan tarikh tu??Apa kaitan dengan aku??Sebenarnya tarikh itu merupakan tarikh kelahiran anak saudara aku.Seriously aku sangatlah teruja.Aku tak menyangka dia akan lahir sebelum aku balik ke UKM.Sebelum tu,aku dah cakap dekat kakak suruh bersalin awal sikit sebelum aku balik Ukm sebab selalunya aku jumpa anak-anak saudara aku dah besar.Maksudnya dah 2 bulan atau 3 bulan macam tu.Bukanlah tak seronok dapat tengok yang dah besar.Tetapi entahlah aku nak rasa yang masihkecil yang masih fresh macam tu lah.Rasa dia lain tau bila dapat pegang yang baru keluar dan yang dah membesar.Tak tahu macam mana nak gambarkan atau cakap tapi yang pasti korunk kena cuba rasa,pegang,dan tengok baby yang baru keluar.Dia akan rasa sangat lain dan keseronokan dia pun lain.Aku sendiri dapat rasa pegang baby yang kecil,pastikan baby tu sendawa selepas minum susu,kejutkan baby tu bila dah tidur terlampau lama tanpa minum susu.Part yang aku suka kejutkan atau kacau dia tidur dan suka bila baby pegang jari.Comel je
.Akhir sekali,Nuha...Semoga jadi puteri yang solehah yer dah bertambah anak saudara puteri dah boleh buat geng .Selamat datang ke keluarga besar Hj Zali@Nawi Bin Mat Ali dan Hjh Khatijah Bt Mohd.Semakin meriah keluarga Kie dan Tok.hihihii..

CUTI

Assalamualaikum

Post tema untuk minggu ini atau lebih sinonim bagi aku dikenali sebagai post yang wajib  ada di blog adalah C.U.T.I. Wahh,,bukan main seronok bila dengar perkataan “cuti” tu.Aku memang tak nafikan cuti seminggu tu seronok sangat nak-nak kalau tak dapat balik rumah selalu.Memang ada yang cakap rumah tu tak lari ke mana pun kau tak payah nak sibuk-sibuk. Memang betul rumah tu takkan lari ke mana dan akan tetap ada dekat situ walau kau pergi sejauh mana pun. Tetapi isi rumahnya??Tak akan selalu ada kan.Kita tak tahu bila masa kita dapat jumpa atau mungkin waktu kita balik tu merupakan kali terakhir...Kita tak tahu kan..Hihihi..Panjang pula “intro” nya.

Aku tak menyangkal cuti seminggu ini sangat cepat dan pantas berlalu.Tup-tup dah hari Khamis.Aduh,cepat betul masa berlalu.Sejujurya aku tak suka menghitung hari sebab kalau aku menghitung hari aku rasa sangat sedih dan teringat banyak benda yang perlu diselesaikan membuatkan aku jadi cemas,kalut,gelabah semua ada. Hurmm..Dari hari pertama cuti aku sampai rumah sampailah sekarang aku terfikirkan tugasan aplikasi komputer,midsem dan final.Sejujurnya,aku jadi lemah semngat tatkala mengingati semua benda itu terutamanya apabila teringatkan amali 2 yang akan datang mengimbau kembali kepada amali makmal 1.


Sebelum cuti,rancang nak pergi mendaki bukit dekat Pantai Bukit Keluang dengan kawan sekolah lama.Lepas itu,terpaksa batalkan sebab bonda tercinta tak memberi keizinan dia cakap bahaya.Huhuhu..Terperaplah dekat rumah .Tapi sejujurnya aku memang nak pergi sebab aku suka aktiviti macam tu dapat melihat keindahan alam semulajadi.Bestnya.Aku dah dapat bayangkan.Boleh bermimpi je lah nak,,Harapnya suatu hari nanti aku dapat pergi mendaki.Perancangan seterusnya adalah untuk belajar tetapi kosong..Beajarnya sikit ke lautnya banyak.Aku dah agak kalau aku balik rumah memang tak jadi kerja.Aku akan jadi lebih fokus kepada “family” nak-nak bila balik ramai orang dekat rumah  memang.Kerja aku akan tak menjadi.Orang duk riuh kat ruang tamu memang tak lah aku terperp kat bilik buat kerja..Tapi terkadang aku curi-curi juga masa sekurang-kurang aku buka buku walaupun tak banyak.Akhir sekali,Jujur aku cakap aku tak nak mengakhiri cuti ini..Tapi apakan daya,masa tak boleh dihalang tapi kita mampu untuk kejar.


Sunday, 8 November 2015

Ceritera Cinta


Assalamualaikum

Post kali ni mungkin agak pelik  sedikit. Aku pun tak sangka akan menulis tentang ceritera cinta. Aku bukan hebat sangat nak bercerita dan berkongsi serta pakar dalam tajuk ni.Tapi sepanjang aku berada berjauh daripada keluarga banyak cerita cinta yang dikongsi oleh rakan-rakan..Hihihihi..Aku pun tak menyangka bahawa mereka sanggup untuk berkongsi kisah cinta mereka pada aku.Maksudnya bila orang sanggup berkongsi  tentang peribadi maksudnya diorang percaya pada ko."So,hold the trustness that be given".Banyak la cerita cinta yang aku dengar .Tentang cinta kontrak 3 bulan kedengarannya agak lucu dan macam tajuk novel tetapi tu la hakikat sebenarnya terjadi.Bercinta hanya untuk mengisi kekosongan hati dan keseronokan setelah tamat 3 bulan mencari haluan masing-masing dan berpisah.Ada juga kisah percintaan jarak jauh yang memerlukan pengorbanan dan kesetiaan.Dan ada juga yang bercinta tetapi tidak berhubung dan mengikat satu janji jika salah satu daripada mereka berubah hati “cover photo” akan bertukar.Dan ada juga percintaan yang telah diketahui oleh ibubapa dan mendapat restu daripada mereka tetapi dengan syarat menghabiskan pengajian terlebih dahulu.Akhir sekali,soalan maut akan menemui aku macam biasa, kisah cinta ko macam mana??Ko dah berpunya belum??Seperti yang selalu dijangkakan,,Fuhh susah nak jawab tetapi jawapan akan masih  negatif,,hihihi,,Sorry to say.Tapi untuk masa akan datang masih belum tahu.Tapi kalau aku cakap tak ada suka pada seseorang tipulah kan sebab fitrah manusia adalah nak disayangi dan menyayangi  kan??Untuk cinta dan pengalaman bercinta sejujurnya zero jadi  I’m free to be a good listener but to be a good advisor for love couple??.I’m sorry because i’m not good on that,,hihihi..Akhir sekali,Bila hati dah terikat dengan seseorang jangan abaikan cinta yang hakiki.Mintalah padanya jika dia adalah benar-benar jodoh yang terbaik untuk dirimu.Jika tidak mohon la supaya dia mengganti  cinta tersebut dengan cinta yang terbaik buat dirimu.




Wassalam

Nafsu

Assalamualaikum


Post kali ini bercakap tentang nafsu,,Tema pasal nafsu agak sukar untuk dikupas tetapi aku akan cuba.Bercakap  tentang nafsu setiap orang nafsu dia akan berbeza-berbeza begitu juga nafsu antara lelaki dan perempuan. Perempuan   mempunyai  9 nafsu tetapi satu akal.Sebaliknya untuk lelaki dia mempunyai 1 nafsu  dan 9 akal.Jadi ,untuk post nafsu aku akan kecilkan skopnya.Aku akan menceritakan tentang nafsu perempuan disebabkan nafsu perempuan lebih banyak berbanding lelaki.Sebagai contoh,kalau pergi ‘Shopping Mall’ memang macam-macam nak beli.Bila tengok baju dekat satu kedai lepas itu beli.Janji nak beli satu sahaja.Lepas itu,pergi kedai lain nampak pula baju yang lebih cantik.Waktu itu janji dah terus hilang macam angin.Kalau pergi shopping memang tak boleh nak kawal nafsu macam-macam tengok  dan semua nampak cantik je dekat mata.Tapi dalam banyak-banyak tu bukan semua pun pakai. Cuma nafsu semata-mata waktu mula-mula nak beli.Lama-lama tengok terus nampak tak lawa.Akhir sekali,kalau boleh kawal la nafsu tu sikit untuk berbelanja sebabnya mungkin waktu ada duit semua nak beli bila waktu kecemasan duit tak ada.Masa tu baru la menyesal.Jadi kawal nafsu untuk kebaikan juga.Beli apa yang perlu jangan terlalu ikut kehendak nanti binasa.Untuk setakat ni itu sahaja coretan berkaitan tema nafsu.

Wassalam

Friday, 30 October 2015

BESTIE

Assalamualaikum,
Pada kali ini nak berkongsi tentang ‘bestie’ atau maksudnya sahabat hingga ke syurga,,Hehehehe,tetiba tajuk tu terbit dari fikiran dan berlegar-legar di fikiran ketika ini..Terkadang bila terkenang-kenang menitis juga la air mata.Dari tadika,sekolah rendah,sekolah menengah dan matrikulasi mestilah ada bestie kan??Tapi untuk kali ini aku cuma nak cerita tentang bestie dari tadika hingga sekarang dan bestie dari tingkatan 1 sampai sekarang.Untuk bestie waktu kecil sampai sekarang walaupun kitorang dah jarang jumpa tapi keluarga kami sangat rapat antara satu sama lain kami membesar bersama-sama dari kecil tadika sama-sama sampai umur 6 tahun dia pindah tadika dari ABIM kesekolah cina dan aku masih ditadika tersebut,,Walaupun dah tak sekolah sama-sama dan terputus hubungan sekejap.Dan lepas tu kitorang jumpa balik dan bila hari raya dia dan family dia akan datang dan kalau keluarga aku buat majlis kahwin abang-abang dan kakak aku family dia pasti akan datang.Satu lagi aku panggil dia punya mak dan ayah Umi dan Ku.Sebaliknya dia akan panggil mak dan ayah aku ma dan pa.


Untuk bestie sekolah menengah,aku jumpa dia dari tingkatan 1 di SMA maarif dan dalam kelas kitorang duduk sebelah-sebelah je.Dan waktu dia dapat tawaran pindahsekolah waktu tingkatan 4,aku pun dapat tempat yang sama.Ya allah waktu rasa bersyukur sangat. Tak sangka persahabatan kami tak hanya sampai tingkatan 3.Sekarang,dia berada di IPG dia masuk lepas SPM lagi..Dan yang buat aku terharu lagi walaupun dia sibuk dengan tugasan dia still bertanya khabar aku dan sentiasa bagi aku kata-kata semangat tatkala aku sedang berada dalam kesedihan dan putus asa.Sebelum masuk UKm pun dia ada tanya pasal keputusan UPU dan selalu la jugak update pasl aku.Terharu sangat.Thanks bestie for caring about me Nursyahirah Bt Abd Rahim.Semoga menjadi pendidik yang berjaya dunia dan akhirat.Ooo,,secara kebetulan bestie yang aku cerita kali ini dua-dua merupakan bakal pendidik seorang akan jadi guru english dan seorang lagi bakal menjadi ustazah.

Last but not least,harapan aku hubungan persahabatn antara kita akan kekal selama-lamanya.Insyallah.Uhibbukunna Fillah.Insyallah

Thursday, 29 October 2015

Makanan

Assalamualaikum,

Bagi post tema kali ini tentang makanan.Wah kalau bercakap tentang makanan memang takkan habis sebabnya terlampau banyak jenis makanan yang ada tu tak termasuk lagi makanan wajib bagi setiap negeri.Makanan yang paling aku  suka adalah nasi kerabu sedap kot.Lagi satu sebab warna dia menarik.Sekali masuk dalam mulut,,Perghhh,tak terkata betapa nikmat dan sedapnya.Tapi nasi kerabu tu mestilah buatan dari negeri kelantan sebabnya kalau kat tempat lain bukan tak sedap tapi kurang umphh sikit.Hihihii.Seterusnya,makanan yang menjadi makanan yang sentiasa dinanti-nantikan adalah nasi arab buatan ayah sebabnya nasi arab tu ayah jarang buat kalau masak pun bila ada open house ataupun ada majlis-majlis tetentu.Jadi, kalau jarang-jarang makan pun tak apa sebab bila dah makan puas hati.Lagi pun nasi arab yang ayah buat tu lain sikit.Disebabkan tak semua tetamu yang datang makan kambing jadi nasi tu ayah akan campur dengan ayam supaya semua dapat makan dan gulai kambing tu akan diasingkan.Makan sikit pun dah kenyang sebab dia cepat muak,,hihihii,,Itu sahaja untuk post aku tentang makanan..


Wassalam.


Sunday, 25 October 2015

E.X.P.E.R.I.E.N.C.E

Assalamualaikum,,

Post kali ni nak ceritakan pengalaman. Sabtu hari tu join untuk jadi AJK untuk citra taekwando dekat Ibu Zain . Dah lah kene jalan kaki sebab hujung minggu cuma ada bas zon 6 dan bas tu tak lalu Ibu zain so terpaksalah jalan kaki mendaki tangga yang berliku-liku setiap kali berhenti ingatkan dah sampai tapi rupa-rupanya belum.Tapi sepanjang perjalan mendaki tangga tu dapatlah tengok pemandangan hijau yang sangat cantik dan tenang.Selepas sampai dekat kafe Ibu Zain kami dibahagikan mengikut tugasan dan aku antara orang yang terakhir yang tak dapat untuk buat pilihan buat tugasan apa. Tugasan yang aku dapat adalah untuk mengacara majlis dan dalam satu kumpulan ada  4 orang kitorang gilir-gilir untuk jadi pengacara perlawanan.Yang lain jadi time keeper dan inspection. Waktu tu aku cakap lah dekat senior yang bagi tugasan tu yang aku tak nak jadi pengacara untuk majlis tu.Pastu dia cakap tak boleh..Waktu tu memang gelabah gila kot sebab sebelum ni tak pernah jadi pengacara.Itulah pengalaman yang menarik dan seronok walaupun waktu tu gelabah sangat.Tapi bagi aku untuk kali pertama okay la kot,,Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar walaupun mula-mula tu macam kalut jugak la..”Every experience,good or bad ,is a priceless collector’s item”. “Experience is something that you cannot learn from others, but only by yourself”.

   

SESAL

Assalamualaikum,,

Post aku pada kali ini adalah bertemakan sesal.Disebabkan temanya sesal jadi aku nak kongsi tentang sesal aku untuk lab test pada minggu ini.Perasaan sesal, sedih dan tu lah bila tak dapat jawab ujian aplikasi komputer dengan sempurna dan mengikut masa yang ditetapkan.Aku rasa macam bodoh sangat bila tak dapat jawab padahal semua nota yang sir bagi dekat dalam kelas dah ada dan ikut sebijik-sebijik tapi masih tak dapat .Hari sebelum lab test pun dah cuba juga soalan yang sebelum-sebelumnya juga. Tapi bila masa ujian bermula tak dapat menyiapkan dengan sempurna.Terdapat  sedikit kekesalan dekat situ.  Pastu baca blog sir yang dia cakap dia selalu pin point orang dan aku terasa adakah aku salah seorang dari itu??Hurmm,,Tapi kalau melihat dari sudut yang lain ketika lab test ni banyak benda yang aku dapat lihat yang aku tak nampak waktu hari kelas-kelas biasa aplikasi komputer.Dan aku rasa banyak hikmah yang aku dapat walaupun tak dapat jawab dengan sempurna.Semoga penyesalan aku ini dapat dijadikan pengajaran dan takkan berulang lagi..Walaupun rasa takut untuk result lab test sehingga sekarang.


Sunday, 18 October 2015

A DAY

Walaupun tak sampai sehari cuma hanya beberapa minit berada di kisas setelah 2 tahun tak menjejaki kaki ke sana tak dapat menggambarkan perasaan tu macam mana. Saat kaki melangkah kesana satu perasaan yng tak tergambar dan terluah.Semua kenangan pahit dan manis terbayang-bayang. Pertama kali juga berdikari untuk kesekolah menaiki dengan KTM ditemani ain.Thanks a lot friend sebab sudi temankan.Kalau tak sebelum ni kakak yang akan ambil sebabnya takut nak naik kenderaan awam.Tapi sekarang rasanya dah berani.Lepas ni kalau ada majlis dekat sekolah boleh lah pergi sendiri sebab sebelum ni ada majlis reunion tak dapat pergi tapi sekarang insyallah pergi kalau tak ada apa-apa kelas atau program.



BEBAN

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Jika kita lihat dan bertanya tentang beban semua manusia tidak akan terlepas daripada masalah yang bernama B.E.B.A.N. Tetapi yang membezakan antara beban seseorang dengan yang lain adalah bagaimana seseorang itu melihat beban itu dari sudut bagaimana. Beban antara seorang manusia dengan manusia yang lain memang berbeza sebagai contoh kemiskinan merupakan satu beban untuk orang miskin tetapi bagi mereka itu sudah biasa bak kata pepatah alah bisa tegal biasa,, Tetapi sebaliknya bagi orang kaya kerana bagi mereka sekiranya mereka tiba-tiba jatuh miskin ia menjadikan beban yang sangat berat untuk mereka seperti kepala dihempap oleh batu.Oleh itu,di dunia ini diciptakan manusia berbeza-beza untuk saling  bantu-membantu antara satu sama lain.


Bagi seorang pelajar beban mereka ialah komitmen terhadap belajar.Kenapa saya berkata begitu kerana sampai satu tahap apabila kita belajar dan dipenuhi dengan pelbagai tugasan serta masalah dalam pembelajaran akan keluar satu suara kecil yang menyebabkan kita mengeluh ,berasa putus asa dan berasa belajar itu merupkan satu beban.

Sebenarnya jika kita lihat kembali setiap beban yang kita lalui atau tempuhi bukanlah untuk menyusahkan kita. Tetapi lihatlah setiap beban dari sudut positif itu pasti ada hikmahnya tersendiri.Mungkin disebabkan beban itu menjadikan kita lebih dekat dengan pencipta.kerana setiap beban yang kita lalui pasti ada jalan penyelesaiannya.

Sunday, 11 October 2015

PARENTS



Assalamualaikum post kali ini saya nak ceritakan pasal ibubapa,,Tak tahu la kenapa tetiba keluar perkataan tu.Mungkin teramat rindu??The truth that’s it.Saya rasa bila saya berada jauh daripada ibubapa, saya lebih belajar untuk menghargai pengorbanan dan jasa mereka.Kalau berada dekat bukan tak menghargai langsung tapi kuranglah sikit.Dulu waktu sekolah menengah susah nak balik time cuti panjang barulah dapat balik time tu memang spend time betul-betul l walaupun waktu tu homework bertimbun-timbun sebab bagi saya masa tu la saya ada waktu dengan mereka memang kerja tu penting tapi macam tu la.Bila waktu matrik pulak pensyarah pesan belajar lah betul-betul  jangan buat hal sebab ingat perasaan ibu bapa terutama yang duduk jauh tu apa la perasan mereka bila kita buat camtu.Then ,dia juga pesan call la diorang kalau bukan tiap-tiap hari seminggu sekali jadilah..Lepas tu,tiap-tiap hari aku akan call walupun cakap sekejap sebab bagi aku belajar belajar juga tapi kita kena lah ingat diorang. Jangan suatu hari nanti kita menyesal sebab tak buat benda tu sebab kita kan duduk jauh dalam masa tu apa-apa pun boleh terjadi kan?Kita tak tahu. Akhir sekali,apa-apa pun yang kita nak buat ingatlah mak  ayah kita, sebab setiap apa yang kita buat pasti tempiasnya akan terkena pada mereka.

10.10.2015??






10.10.2015??Blurr betul bila sir bagi tajuk tu,,Time dekat lab sir bagi contoh crush, Then, aku plak time tu dah ting tong nak buat pasal apa sampai sekarang. Punya la fikir apa lar yang menarik dan ada pada tarikh tu.Semalam, aku buka facebook pastu nampak kak ipar update status pasal hari sukan dekat dia punyerr wall,Barulah semalam tahu Hari Sukan Negra pada 10.10.2015,,Sedih betul baru tahu.bhahaha,,.Then,buka instagram kawan dekat UUM dia post  tentang  hari sukan dekat sana..Saje jer kan nak buat orang jelez,,Tapi serious meriah dan nampak macam seronok je sebab aku ni jenis tak aktif sukan tapi suka tengok orang main sukan. Antara sukan yang suka tengok orang main ialah sukan badminton,bola keranjang dan bola jaring.Tapi saya suka naik basikal itu boleh dikategorikan sukan juga kan??hehehehe..Itu je lah yang saya dapat kongsikan tarikh 10.10.2015

Sunday, 4 October 2015

MOMENTS


Assalamualaikum,

Coretan pada kali ini berkisarkann serba sedikit detik-detik di asrama.
Kenangan yang  manis pahit suka dan duka waktu tingkatan 4 dan 5,tinggal di asrama biasalah kan ada jer yang tak kena dan tak puas hati.Terutamanya kitorang punya dormates ikut sistem rumah dan ada markah merit dan demerit.Setiap pagi kitorang kena tegangkan katil tu setegangnya tak boleh ada kedut sikit pun dan tak boleh tertinggal barang dekat toilet mahupun bilik sekalipun kalau tidak markah rumah akan berkurang.Kadang-kadang rasa macam tinggal kem tentera pulak.Setiap hujung minggu,kitorang kene cuci toilet,bilik basuh dan dorm waktu tu mood setiap orang akan swinging so janganlah banyak tanya.Hujung minggu time ada inspection itu la paling orang stress sebab kene buat semua benda demi  menambahkan  markah rumah masing-masing dan menjaga kebersihan.Pada keesokan paginya, ketua pelajar akan memeriksa  kadang-kadang yang tak patut ditolak dia tolak tingkap kalau boleh yang tak sampai pun usaha juga sebab nak tolak markah.Sabar je lah.

Waktu makan malam pula,semua wajib turun sebelum pukul 6.15 kot kalau tak kene denda. Tak kisah lah kau kenyang ke apa ke.No excuses.Semua wajib kene turun.Aku ini bukan baik sangat pun kadang-kadang ponteng juga turun.Pendek kata semua berperaturan la.Kadang rimas juga.Keluar asrama ada masa,balik bermalam tak boleh lambat,solat wajib turun surau 5 waktu magrib isyak wajib berjemaah dan subuh pun wajib berjemaah tak boleh masbuq.Semuanya ada denda kalau langgar.Tapi macam biasa kadang-kadang aku akan terlanggar juga.Memang rasa terbeban sikit.tapi lama-kelamaan jadi terbiasa dengan kehidupan dekat sana.

Kesimpulannya,sebenarnya banyak sangat pengajaran daripda peraturan yang sudah ditetapkan. Walaupun kadangkala kita rasa benda tu menyusahkan tapi bila keluar rasa rindu pulak dengn rutin itu.Tetapi bila dah tamat dari sekolah tu dan masuk ke tempat baru dengan peraturan juga kita akan rasa terbiasa walaupun bagi orang lain benda tu berat.Walaupun rasa terbeban tapi kita kena ingat allah tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya.


MENTOR


MENTOR

Assalamualaikum,

Berkaitan dengan tugasan tema iaitu mentor pada kali ini,apa yang saya tahu dan boleh kongsikan mengenai mentor ialah mereka merupakan pembimbing dan penasihat kita sewaktu diluar bilik darjah atau pembelajaran. Kita boleh berkongsi apa sahaja yang kita mahu berkongsi dengan mereka untuk mendapatkan bayangan cara penyelesaiannya.Mentor ini juga, tak semestinya kita ada masalah barulah sibuk-sibuk nak cari. Tapi mentor ni kita boleh jupa bila-bila masa waktu mereka free dan tak kira dekat mana pun kita jumpa mereka lebih baik tegurlah  sebagai tanda hormat dan menghargai mereka.

Pengalaman program mentor-mentee dari sekolah menengah sampailah  matrik. Kalau nak cerita dari sekolah  sampai matrik memang tak la kan.Jadi, post mentor kali ini saya coretkan program mentor-mentee dekat matrik Walaupun kami  tak selalu membuat  perjumpaan dengan mentor  tapi bila dah jupa memang manfaatkan dengan  betul-betul  bincangkan  nak buat program itu ini yang dapat memberi manfaat untuk diri sendiri dan kepada orang lain,,Disebabkan  kekangan masa  kami dapat buat aktiviti menderma baju yang tidak dipakai dan masih boleh digunakan disedekahkan kepada rumah  anak yatim dan mengadakan  jamuan dalam kolej.


Maksudnya mentor  ini bukan sekadar  tempat rujukan masalah sahaja . Malah, kita boleh  sahaja memberi  cadangan pada  mentor untuk mengadakan program bersama-sama untuk mengeratkan sesama ahli mentee dan juga mentor.Lastly, hormat dan hargailah mereka.

Sunday, 27 September 2015

Obses

Pada minggu ni saya diberi tugasan mengenai obses.Obses??Apa yang saya tahu mengenai obses adalah kegilaan seseorang itu terhadaap sesuatu perkara sehingga tidak mampu untuk mengawal dirinya sendiri . Obses juga  terdapat beberapa jenis antaranya obses terhadap harta, kecantikan ,perempuan dan sebagainya. Saya tertarik untuk mengupas tentang isu obses seseorang terhadap kecantikan.

Pada pendapat saya, untuk cantik adalah tidak salah sekalipun bahkan sangat digalakkan kerana melaui kecantikan itu kita akan lebih yakin untuk tampil kehadapan dan mampu untuk menarik ramai audient ,tetapi yang salah adalah terlalu OBSES sehinggakan tidak mampu untuk mengawal kehendak diri sendiri yang berlebihan. Jika kita lihat pada masa kini, ramai yang sanggup berhabisan wang ringgit untuk tampil cantik. Ada yang sanggup untuk melakukan suntikan vitamin c, botok dan pembedahan plastik serta membeli produk-produk kecantikan tanpa memikirkan produk tersebut mendapat kelulusan dari kementerian kesihatan ataupun tidak. Terkadang orang yang obses terhadap kecantikan juga  tidak boleh melihat orang yang lebih cantik daripada dirinya dan berasa terancam hingga menyebabkan perempuan  tersebut melakukan rawatan muka secara berlebih-lebihan hingga membawa padah terhadap diri sendiri.


Akhir sekali,Sebagai renungan bersama kita harus berfikir apa motif utama untuk kita cantik??. Jika cantik itu dimiliki sejak dilahirkan itu adalah keistimewaan bagi dirinya tetapi yang biasa-biasa yakinlah bahawa setiap individu telah diciptakan dengan kelebhan masing-masing.. Oleh itu,janganlah terlalu obses pada kecantikan. Belajar untuk bersyukur .

Simple about me (bebas)

Indah cempaka kerana bunganya ,indah orang kerana namanya. Nama diberi Nor Asiah Binti Zali@Nawi. Berasal dari Besut ,Terengganu. Merupakan anak bongsu dari sembilan adik-beradik.Saya pernah menggunakan senapang colt m16,berkayak ,menaiki flying fox dan abseiling sebelum memasuki ukm.Sebelum memasuki Ukm saya pernah menuntut di sekolah besut dari sekolah rendah sehingga tingkatan 3. Setelah itu, saya mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran tingkatan 4 hingga 5 di Klang,Selangor.Saya menerima untuk bersekolah ke sana selama dua tahun untuk mencari pengalaman yang baru walaupun hakikatnya hati ini berasa sangat berat untuk meninggalkan keluarga kerana sebelum ini tidak pernah berenggang dengan mereka.


Setelah menamatkan pembelajaran di Klang,Selangor saya mendapat tawaran ke Universiti Islam Antarabangsa dalam kos Asasi Architecture Environmental Designer(AED) dan ke Matrikulasi Melaka. Pada waktu itu,saya keliru untuk memilih yang mana satu, kerana saya memang menginginkan untuk memasuki UIA tapi bukan dengan kos tersebut. Setelah beristikharah, saya memilih untuk memasuki matrikulasi walaupun banyak dugaan dan liku-liku yang dihadapi disana. Pa dan ma sering memberi semangat ketika saya hilang semangat. Tapi alhamdullilah saya bersyukur sangat setiap deraian air mata serta berkat doa dan pertolongan dari insan-insan yang saya sayangi membuahkan hasil. Kini, perjalanan hidupku bermula di Ukm. Semoga perjalanan saya sebagai seorang umat, seorang anak dan seorang pelajar dipermudahkan.