HELLO!!

Sunday, 6 December 2015

<QALBUN, HATI,HEART>

Assalamualaikum


Post kali ini aku post pasal hati,heart tau Qalbun.Post ini bukan nak cerita pasal cinta atau seangkatan dengannya.Aku nak cerita betapa bersyukurnya kerana hati ini masih diketuk dan masih menerima,mendengar nasihat.Kenapa aku cakap macam tu??Hari sabtu hari tu aku pergi dengar ceramah yang bertajuk “Antara cinta dan maruah”.Apa yang aku nak higlightkan dekat sini ialah perjalanan ke panggung seni.Aku,Elyna dan Aisyah berjalan kaki. Pada mulanya aku nak pergi dengan bas tapi waktu tu dah nak dekat isyak dan aisyah nak solat dekat masjid secara berjemaah.

Saat dan ketika itu hati ini berasa sangat luluh tatkala kaki melangkah masuk ke masjid.Kerana terasa terlalu lama tak solat jemaah.Apabila mendengar alunan bacaan daripada imam rasa yang tak dapat digambarkan.Mungkin diri ini terlalu alpa.Tapi walau apa-apa pun aku rasa sangat bersyukur kerana hati ini masih menerima dan tak ‘rebel’.

Tatkala keluar daripada masjid terlihat jenazah.Hati ini terasa syahdu sangat terus terfikir bagaimanalah keadaan ibu bapa dan keluarga.Aku harap diorang dalam keadaan yang sangat baik.Aku juga terbayangkan macam mana keadaan aku kalau aku berada dalam keadaan itu.Adakah aku cukup kuat untuk menghadapi situasi itu??Hati ketika itu menangis dan hiba...

Aku berharap hati ini sentiasa hidup,segar dan tak mati....

Sekian,

No comments:

Post a Comment