Assalamualaikum
Post pada minggu ini adalah post wajib terakhir untuk aplikasi komputer iaitu
epilog.Walaupun kelas aplikasi komputer dah berakhir tapi tak bermakna ilmunya
berterbangan begitu sahaja.Insyallah akan diaplikasikan sebagaimana
namanya,,Hihiihi.Epilog adalah pengakhiran.Seperti yang aku post sebelum ini
adalah prolog yang bermaksud permulaan.Setiap permulaan ada pengakhirannya
kan??
Jadi pengakhiran sem 1 dah bermula,walaupun peperiksaan
akhir belum bermula.Tetapi secara tak rasminya kira dah berakhirlah
kan..Alhamdullilah apa yang aku dapat simpulkan untuk sem 1 ialah belajar
daripada kesilapan jangan mengulanginya lagi untuk sem 2.Tetap berusaha sebaik
yang mungkin.Apa yang penting berbalik pada niat.
Pada masa yang sama,minggu ini adalah minggu
pembentangan.Semoga semua berjalan dengan lancar.Kebanyakan aku lihat semua kumpulan
dah macam happy family dan macam-macam ragam dapat tengok.Yang paling penting
aku suka tengok semua kumpulan bertungkus-lumus menyiapkan video.Ada yang nak berahsia,kira
macam surprise gitu..Tak kisah lah apa-apa pun asal bahagia.
Akhir sekali,jangan stress sangat.”Noted for myself too”.Setiap
kepayahan,kesulitan,kesukaran dan
pengorbanan yang dilakukan pasti diiringi dengan seribu hikmah yang tidak kita
ketahui..Macam doa kita minta yang pengakhiran juga yang terbaik.
Sekian

No comments:
Post a Comment