Indah cempaka kerana bunganya ,indah orang kerana namanya.
Nama diberi Nor Asiah Binti Zali@Nawi. Berasal dari Besut ,Terengganu.
Merupakan anak bongsu dari sembilan adik-beradik.Saya pernah menggunakan
senapang colt m16,berkayak ,menaiki flying fox dan abseiling sebelum memasuki
ukm.Sebelum memasuki Ukm saya pernah menuntut di sekolah besut dari sekolah
rendah sehingga tingkatan 3. Setelah itu, saya mendapat tawaran untuk
menyambung pelajaran tingkatan 4 hingga 5 di Klang,Selangor.Saya menerima untuk
bersekolah ke sana selama dua tahun untuk mencari pengalaman yang baru walaupun
hakikatnya hati ini berasa sangat berat untuk meninggalkan keluarga kerana
sebelum ini tidak pernah berenggang dengan mereka.
Setelah menamatkan pembelajaran di Klang,Selangor saya
mendapat tawaran ke Universiti Islam Antarabangsa dalam kos Asasi Architecture
Environmental Designer(AED) dan ke Matrikulasi Melaka. Pada waktu itu,saya
keliru untuk memilih yang mana satu, kerana saya memang menginginkan untuk
memasuki UIA tapi bukan dengan kos tersebut. Setelah beristikharah, saya
memilih untuk memasuki matrikulasi walaupun banyak dugaan dan liku-liku yang
dihadapi disana. Pa dan ma sering memberi semangat ketika saya hilang semangat.
Tapi alhamdullilah saya bersyukur sangat setiap deraian air mata serta berkat
doa dan pertolongan dari insan-insan yang saya sayangi membuahkan hasil. Kini,
perjalanan hidupku bermula di Ukm. Semoga perjalanan saya sebagai seorang umat,
seorang anak dan seorang pelajar dipermudahkan.

No comments:
Post a Comment