Assalamualaikum,
Bagi post tema kali ini tentang makanan.Wah kalau bercakap
tentang makanan memang takkan habis sebabnya terlampau banyak jenis makanan
yang ada tu tak termasuk lagi makanan wajib bagi setiap negeri.Makanan yang
paling aku suka adalah nasi kerabu sedap
kot.Lagi satu sebab warna dia menarik.Sekali masuk dalam mulut,,Perghhh,tak
terkata betapa nikmat dan sedapnya.Tapi nasi kerabu tu mestilah buatan dari
negeri kelantan sebabnya kalau kat tempat lain bukan tak sedap tapi kurang
umphh sikit.Hihihii.Seterusnya,makanan yang menjadi makanan yang sentiasa
dinanti-nantikan adalah nasi arab buatan ayah sebabnya nasi arab tu ayah jarang
buat kalau masak pun bila ada open house ataupun ada majlis-majlis
tetentu.Jadi, kalau jarang-jarang makan pun tak apa sebab bila dah makan puas
hati.Lagi pun nasi arab yang ayah buat tu lain sikit.Disebabkan tak semua
tetamu yang datang makan kambing jadi nasi tu ayah akan campur dengan ayam
supaya semua dapat makan dan gulai kambing tu akan diasingkan.Makan sikit pun
dah kenyang sebab dia cepat muak,,hihihii,,Itu sahaja untuk post aku tentang
makanan..
Wassalam.



No comments:
Post a Comment