HELLO!!

Sunday, 27 September 2015

Obses

Pada minggu ni saya diberi tugasan mengenai obses.Obses??Apa yang saya tahu mengenai obses adalah kegilaan seseorang itu terhadaap sesuatu perkara sehingga tidak mampu untuk mengawal dirinya sendiri . Obses juga  terdapat beberapa jenis antaranya obses terhadap harta, kecantikan ,perempuan dan sebagainya. Saya tertarik untuk mengupas tentang isu obses seseorang terhadap kecantikan.

Pada pendapat saya, untuk cantik adalah tidak salah sekalipun bahkan sangat digalakkan kerana melaui kecantikan itu kita akan lebih yakin untuk tampil kehadapan dan mampu untuk menarik ramai audient ,tetapi yang salah adalah terlalu OBSES sehinggakan tidak mampu untuk mengawal kehendak diri sendiri yang berlebihan. Jika kita lihat pada masa kini, ramai yang sanggup berhabisan wang ringgit untuk tampil cantik. Ada yang sanggup untuk melakukan suntikan vitamin c, botok dan pembedahan plastik serta membeli produk-produk kecantikan tanpa memikirkan produk tersebut mendapat kelulusan dari kementerian kesihatan ataupun tidak. Terkadang orang yang obses terhadap kecantikan juga  tidak boleh melihat orang yang lebih cantik daripada dirinya dan berasa terancam hingga menyebabkan perempuan  tersebut melakukan rawatan muka secara berlebih-lebihan hingga membawa padah terhadap diri sendiri.


Akhir sekali,Sebagai renungan bersama kita harus berfikir apa motif utama untuk kita cantik??. Jika cantik itu dimiliki sejak dilahirkan itu adalah keistimewaan bagi dirinya tetapi yang biasa-biasa yakinlah bahawa setiap individu telah diciptakan dengan kelebhan masing-masing.. Oleh itu,janganlah terlalu obses pada kecantikan. Belajar untuk bersyukur .

No comments:

Post a Comment