Assalamualaikum
Sebelum aku datang kesini selepas cuti mid sem aku berjanji
dengan diri aku.Bahawa apabila selangkah kaki aku melangkah masuk UKM selepas
cuti mid sem aku nak buka buku baru dengan cerita baru semangat baru..Tetapi
sekarang aku tetiba terfikir adakah aku dapat penuhinya??Sejujurnya sekarang
aku berasa sangat berputus asa tetapi mengingatkan balik niat aku sebelum cuti
mid aku berazam dan beriltizam untuk move on..Yang membuatkan aku lebih sebak
adalah mengingatkan kembali niat aku sebelum datng ke sini dan kata-kata
ayahku..Terkadang aku terfikir rasa sedih ada juga sebab janji dengan diri sendiri pun tak mampu nak penuhi. Aku rasa,aku dah jauh dari aku yang asal dan sekarang aku cuba untuk
berpatah balik kepada niat asal ku.Walaupun sesusahh mana pun.Aku
yakin kalau kita memudahkan semua akan berjalan lancar.Dan memudahkan tak
semestinya memandang setiap benda remeh tetapi aku ingin berusaha ke
arahnnya..Insyallah..Aku berharap setiap langkah aku seterusnya dipermudahkan
dan aku tak lagi tersasar dari niat sebenar..
Sekian,,

No comments:
Post a Comment