HELLO!!

Friday, 13 November 2015

CUTI

Assalamualaikum

Post tema untuk minggu ini atau lebih sinonim bagi aku dikenali sebagai post yang wajib  ada di blog adalah C.U.T.I. Wahh,,bukan main seronok bila dengar perkataan “cuti” tu.Aku memang tak nafikan cuti seminggu tu seronok sangat nak-nak kalau tak dapat balik rumah selalu.Memang ada yang cakap rumah tu tak lari ke mana pun kau tak payah nak sibuk-sibuk. Memang betul rumah tu takkan lari ke mana dan akan tetap ada dekat situ walau kau pergi sejauh mana pun. Tetapi isi rumahnya??Tak akan selalu ada kan.Kita tak tahu bila masa kita dapat jumpa atau mungkin waktu kita balik tu merupakan kali terakhir...Kita tak tahu kan..Hihihi..Panjang pula “intro” nya.

Aku tak menyangkal cuti seminggu ini sangat cepat dan pantas berlalu.Tup-tup dah hari Khamis.Aduh,cepat betul masa berlalu.Sejujurya aku tak suka menghitung hari sebab kalau aku menghitung hari aku rasa sangat sedih dan teringat banyak benda yang perlu diselesaikan membuatkan aku jadi cemas,kalut,gelabah semua ada. Hurmm..Dari hari pertama cuti aku sampai rumah sampailah sekarang aku terfikirkan tugasan aplikasi komputer,midsem dan final.Sejujurnya,aku jadi lemah semngat tatkala mengingati semua benda itu terutamanya apabila teringatkan amali 2 yang akan datang mengimbau kembali kepada amali makmal 1.


Sebelum cuti,rancang nak pergi mendaki bukit dekat Pantai Bukit Keluang dengan kawan sekolah lama.Lepas itu,terpaksa batalkan sebab bonda tercinta tak memberi keizinan dia cakap bahaya.Huhuhu..Terperaplah dekat rumah .Tapi sejujurnya aku memang nak pergi sebab aku suka aktiviti macam tu dapat melihat keindahan alam semulajadi.Bestnya.Aku dah dapat bayangkan.Boleh bermimpi je lah nak,,Harapnya suatu hari nanti aku dapat pergi mendaki.Perancangan seterusnya adalah untuk belajar tetapi kosong..Beajarnya sikit ke lautnya banyak.Aku dah agak kalau aku balik rumah memang tak jadi kerja.Aku akan jadi lebih fokus kepada “family” nak-nak bila balik ramai orang dekat rumah  memang.Kerja aku akan tak menjadi.Orang duk riuh kat ruang tamu memang tak lah aku terperp kat bilik buat kerja..Tapi terkadang aku curi-curi juga masa sekurang-kurang aku buka buku walaupun tak banyak.Akhir sekali,Jujur aku cakap aku tak nak mengakhiri cuti ini..Tapi apakan daya,masa tak boleh dihalang tapi kita mampu untuk kejar.


No comments:

Post a Comment