HELLO!!

Sunday, 18 October 2015

BEBAN

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Jika kita lihat dan bertanya tentang beban semua manusia tidak akan terlepas daripada masalah yang bernama B.E.B.A.N. Tetapi yang membezakan antara beban seseorang dengan yang lain adalah bagaimana seseorang itu melihat beban itu dari sudut bagaimana. Beban antara seorang manusia dengan manusia yang lain memang berbeza sebagai contoh kemiskinan merupakan satu beban untuk orang miskin tetapi bagi mereka itu sudah biasa bak kata pepatah alah bisa tegal biasa,, Tetapi sebaliknya bagi orang kaya kerana bagi mereka sekiranya mereka tiba-tiba jatuh miskin ia menjadikan beban yang sangat berat untuk mereka seperti kepala dihempap oleh batu.Oleh itu,di dunia ini diciptakan manusia berbeza-beza untuk saling  bantu-membantu antara satu sama lain.


Bagi seorang pelajar beban mereka ialah komitmen terhadap belajar.Kenapa saya berkata begitu kerana sampai satu tahap apabila kita belajar dan dipenuhi dengan pelbagai tugasan serta masalah dalam pembelajaran akan keluar satu suara kecil yang menyebabkan kita mengeluh ,berasa putus asa dan berasa belajar itu merupkan satu beban.

Sebenarnya jika kita lihat kembali setiap beban yang kita lalui atau tempuhi bukanlah untuk menyusahkan kita. Tetapi lihatlah setiap beban dari sudut positif itu pasti ada hikmahnya tersendiri.Mungkin disebabkan beban itu menjadikan kita lebih dekat dengan pencipta.kerana setiap beban yang kita lalui pasti ada jalan penyelesaiannya.

No comments:

Post a Comment