HELLO!!

Sunday, 29 November 2015

UJIAN

Assalamualaikum,

Aku nak bercerita tentang UJIAN.Setiap orang ujiannya adalah berbeza-beza mengikut kemampuannya..Setiap orang pasti akan diuji dan takkan terlepas daripada diuji.Terkadang ada yang mampu untuk menghadapi ujian itu dengan tabah,kuat dan etc.Ada yang menyalahkan diri sendiri diatas ujian yang dilaluinya tetapi menyalahi diri sendiri seperti juga kita menyalahkan takdir kan?Apa yang aku rasa terbaik ialah lalui ujian itu dengan senyuman walau seperit mana pun ujian tu.Kerana ujian datang dalam pelbagai bentuk. Kita terkadang diuji dengan kata-kata sendiri,diuji dengan orang sekeliling,musibah yang menimpa keluarga dan orang disayangi,ujian atas kertas,ujian sewaktu temuduga.Ada juga yang di uji dengan hati,perasan.


Tak kesahlah apa-apa  ujian sekali pun.Aku pasti dan yakin  dalam setiap perjalanan menempuh ujian itu pastinya kita akan jatuh,tersungkur dipertengahan jalan serta perlu melalui liku-liku yang perih.Dan terkadang tak mampu untuk bangkit kembali untuk menghadapi ujian itu.Aku juga pernah merasainya juga..Hilang semangat,lelah untuk menghadapinya.Tapi pendapat aku ialah kembali ke pangkal jalan.Mula balik.Mungkin sesetengah orang merasa membazir je.Baik terus berhenti.Percayalah terkadang ujian yang kita hadapi adalah sesuatu nikmat yang diberikan untuk kita sentiasa sedar tak semua benda yang kita nak adalah yang terbaik bagi kita dan tak semestinya yang buruk pada pandangan kita adalah buruk.Apa yang penting bagaimana sudut pandangan kita terhadap ujian yang kita hadapi.Kalau kita lihat dari sudut positif ujian itu maka positiflah ia.Kalau sebaliknya jadilah sebaliknya.

No comments:

Post a Comment