Post kali ni nak ceritakan pengalaman. Sabtu hari tu join untuk jadi AJK untuk citra taekwando
dekat Ibu Zain . Dah lah kene jalan kaki sebab hujung minggu cuma ada bas zon 6
dan bas tu tak lalu Ibu zain so terpaksalah jalan kaki mendaki tangga yang
berliku-liku setiap kali berhenti ingatkan dah sampai tapi rupa-rupanya
belum.Tapi sepanjang perjalan mendaki tangga tu dapatlah tengok pemandangan
hijau yang sangat cantik dan tenang.Selepas sampai dekat kafe Ibu Zain kami
dibahagikan mengikut tugasan dan aku antara orang yang terakhir yang tak dapat
untuk buat pilihan buat tugasan apa. Tugasan yang aku dapat adalah untuk
mengacara majlis dan dalam satu kumpulan ada
4 orang kitorang gilir-gilir untuk jadi pengacara perlawanan.Yang lain
jadi time keeper dan inspection. Waktu tu aku cakap lah dekat senior yang bagi
tugasan tu yang aku tak nak jadi pengacara untuk majlis tu.Pastu dia cakap tak
boleh..Waktu tu memang gelabah gila kot sebab sebelum ni tak pernah jadi
pengacara.Itulah pengalaman yang menarik dan seronok walaupun waktu tu gelabah
sangat.Tapi bagi aku untuk kali pertama okay la kot,,Alhamdullilah semuanya
berjalan dengan lancar walaupun mula-mula tu macam kalut jugak la..”Every
experience,good or bad ,is a priceless collector’s item”. “Experience is
something that you cannot learn from others, but only by yourself”.


No comments:
Post a Comment