HELLO!!

Friday, 13 November 2015

Welcome My Dear


Assalamualaikum

Coretan bebas kali ini mungkin agak bosan tapi bagi aku sangat mengujakan.11.11.2015.Cantikkan tarikh tu??Aku pun baru perasan tarikh tu waktu pergi kedai untuk isi borang.Kalau tak aku tak perasan pun.Apa yang aku seronok dengan tarikh tu??Apa kaitan dengan aku??Sebenarnya tarikh itu merupakan tarikh kelahiran anak saudara aku.Seriously aku sangatlah teruja.Aku tak menyangka dia akan lahir sebelum aku balik ke UKM.Sebelum tu,aku dah cakap dekat kakak suruh bersalin awal sikit sebelum aku balik Ukm sebab selalunya aku jumpa anak-anak saudara aku dah besar.Maksudnya dah 2 bulan atau 3 bulan macam tu.Bukanlah tak seronok dapat tengok yang dah besar.Tetapi entahlah aku nak rasa yang masihkecil yang masih fresh macam tu lah.Rasa dia lain tau bila dapat pegang yang baru keluar dan yang dah membesar.Tak tahu macam mana nak gambarkan atau cakap tapi yang pasti korunk kena cuba rasa,pegang,dan tengok baby yang baru keluar.Dia akan rasa sangat lain dan keseronokan dia pun lain.Aku sendiri dapat rasa pegang baby yang kecil,pastikan baby tu sendawa selepas minum susu,kejutkan baby tu bila dah tidur terlampau lama tanpa minum susu.Part yang aku suka kejutkan atau kacau dia tidur dan suka bila baby pegang jari.Comel je
.Akhir sekali,Nuha...Semoga jadi puteri yang solehah yer dah bertambah anak saudara puteri dah boleh buat geng .Selamat datang ke keluarga besar Hj Zali@Nawi Bin Mat Ali dan Hjh Khatijah Bt Mohd.Semakin meriah keluarga Kie dan Tok.hihihii..

No comments:

Post a Comment