Assalamualaikum
Post kali ini bercakap tentang nafsu,,Tema pasal nafsu agak
sukar untuk dikupas tetapi aku akan cuba.Bercakap tentang nafsu setiap orang nafsu dia akan
berbeza-berbeza begitu juga nafsu antara lelaki dan perempuan. Perempuan mempunyai
9 nafsu tetapi satu akal.Sebaliknya untuk lelaki dia mempunyai 1
nafsu dan 9 akal.Jadi ,untuk post nafsu
aku akan kecilkan skopnya.Aku akan menceritakan tentang nafsu perempuan
disebabkan nafsu perempuan lebih banyak berbanding lelaki.Sebagai contoh,kalau
pergi ‘Shopping Mall’ memang macam-macam nak beli.Bila tengok baju dekat satu
kedai lepas itu beli.Janji nak beli satu sahaja.Lepas itu,pergi kedai lain nampak
pula baju yang lebih cantik.Waktu itu janji dah terus hilang macam angin.Kalau
pergi shopping memang tak boleh nak kawal nafsu macam-macam tengok dan semua nampak cantik je dekat mata.Tapi
dalam banyak-banyak tu bukan semua pun pakai. Cuma nafsu semata-mata waktu
mula-mula nak beli.Lama-lama tengok terus nampak tak lawa.Akhir sekali,kalau boleh kawal la nafsu tu sikit untuk berbelanja sebabnya mungkin waktu ada duit semua nak beli bila waktu kecemasan duit tak ada.Masa tu baru la menyesal.Jadi kawal nafsu untuk kebaikan juga.Beli apa yang perlu jangan terlalu ikut kehendak nanti binasa.Untuk setakat ni itu sahaja coretan berkaitan tema nafsu.
Wassalam

No comments:
Post a Comment