MENTOR
Assalamualaikum,
Berkaitan dengan tugasan tema iaitu mentor pada kali ini,apa yang saya tahu dan boleh kongsikan mengenai mentor
ialah mereka merupakan pembimbing dan penasihat kita sewaktu diluar bilik
darjah atau pembelajaran. Kita boleh berkongsi apa sahaja yang kita mahu
berkongsi dengan mereka untuk mendapatkan bayangan cara penyelesaiannya.Mentor ini
juga, tak semestinya kita ada masalah barulah sibuk-sibuk nak cari. Tapi mentor
ni kita boleh jupa bila-bila masa waktu mereka free dan tak kira dekat mana pun
kita jumpa mereka lebih baik tegurlah
sebagai tanda hormat dan menghargai mereka.
Pengalaman program mentor-mentee dari sekolah menengah sampailah matrik. Kalau nak cerita dari sekolah sampai matrik memang tak la kan.Jadi, post
mentor kali ini saya coretkan program mentor-mentee dekat matrik Walaupun
kami tak selalu membuat perjumpaan dengan mentor tapi bila dah jupa memang manfaatkan dengan betul-betul bincangkan nak buat program itu ini yang dapat memberi
manfaat untuk diri sendiri dan kepada orang lain,,Disebabkan kekangan masa
kami dapat buat aktiviti menderma baju yang tidak dipakai dan masih
boleh digunakan disedekahkan kepada rumah anak yatim dan mengadakan jamuan dalam kolej.
Maksudnya mentor ini
bukan sekadar tempat rujukan masalah
sahaja . Malah, kita boleh sahaja
memberi cadangan pada mentor untuk mengadakan program bersama-sama
untuk mengeratkan sesama ahli mentee dan juga mentor.Lastly, hormat dan hargailah mereka.

No comments:
Post a Comment