HELLO!!

Sunday, 8 November 2015

Ceritera Cinta


Assalamualaikum

Post kali ni mungkin agak pelik  sedikit. Aku pun tak sangka akan menulis tentang ceritera cinta. Aku bukan hebat sangat nak bercerita dan berkongsi serta pakar dalam tajuk ni.Tapi sepanjang aku berada berjauh daripada keluarga banyak cerita cinta yang dikongsi oleh rakan-rakan..Hihihihi..Aku pun tak menyangka bahawa mereka sanggup untuk berkongsi kisah cinta mereka pada aku.Maksudnya bila orang sanggup berkongsi  tentang peribadi maksudnya diorang percaya pada ko."So,hold the trustness that be given".Banyak la cerita cinta yang aku dengar .Tentang cinta kontrak 3 bulan kedengarannya agak lucu dan macam tajuk novel tetapi tu la hakikat sebenarnya terjadi.Bercinta hanya untuk mengisi kekosongan hati dan keseronokan setelah tamat 3 bulan mencari haluan masing-masing dan berpisah.Ada juga kisah percintaan jarak jauh yang memerlukan pengorbanan dan kesetiaan.Dan ada juga yang bercinta tetapi tidak berhubung dan mengikat satu janji jika salah satu daripada mereka berubah hati “cover photo” akan bertukar.Dan ada juga percintaan yang telah diketahui oleh ibubapa dan mendapat restu daripada mereka tetapi dengan syarat menghabiskan pengajian terlebih dahulu.Akhir sekali,soalan maut akan menemui aku macam biasa, kisah cinta ko macam mana??Ko dah berpunya belum??Seperti yang selalu dijangkakan,,Fuhh susah nak jawab tetapi jawapan akan masih  negatif,,hihihi,,Sorry to say.Tapi untuk masa akan datang masih belum tahu.Tapi kalau aku cakap tak ada suka pada seseorang tipulah kan sebab fitrah manusia adalah nak disayangi dan menyayangi  kan??Untuk cinta dan pengalaman bercinta sejujurnya zero jadi  I’m free to be a good listener but to be a good advisor for love couple??.I’m sorry because i’m not good on that,,hihihi..Akhir sekali,Bila hati dah terikat dengan seseorang jangan abaikan cinta yang hakiki.Mintalah padanya jika dia adalah benar-benar jodoh yang terbaik untuk dirimu.Jika tidak mohon la supaya dia mengganti  cinta tersebut dengan cinta yang terbaik buat dirimu.




Wassalam

No comments:

Post a Comment