Aku nak bercerita tentang UJIAN.Setiap orang ujiannya adalah
berbeza-beza mengikut kemampuannya..Setiap orang pasti akan diuji dan takkan
terlepas daripada diuji.Terkadang ada yang mampu untuk menghadapi ujian itu
dengan tabah,kuat dan etc.Ada yang menyalahkan diri sendiri diatas ujian yang
dilaluinya tetapi menyalahi diri sendiri seperti juga kita menyalahkan takdir
kan?Apa yang aku rasa terbaik ialah lalui ujian itu dengan senyuman walau
seperit mana pun ujian tu.Kerana ujian datang dalam pelbagai bentuk. Kita
terkadang diuji dengan kata-kata sendiri,diuji dengan orang sekeliling,musibah
yang menimpa keluarga dan orang disayangi,ujian atas kertas,ujian sewaktu
temuduga.Ada juga yang di uji dengan hati,perasan.
Tak kesahlah apa-apa ujian sekali pun.Aku pasti dan yakin dalam setiap perjalanan menempuh ujian itu
pastinya kita akan jatuh,tersungkur dipertengahan jalan serta perlu melalui
liku-liku yang perih.Dan terkadang tak mampu untuk bangkit kembali untuk
menghadapi ujian itu.Aku juga pernah merasainya juga..Hilang semangat,lelah
untuk menghadapinya.Tapi pendapat aku ialah kembali ke pangkal jalan.Mula
balik.Mungkin sesetengah orang merasa membazir je.Baik terus berhenti.Percayalah
terkadang ujian yang kita hadapi adalah sesuatu nikmat yang diberikan untuk
kita sentiasa sedar tak semua benda yang kita nak adalah yang terbaik bagi kita
dan tak semestinya yang buruk pada pandangan kita adalah buruk.Apa yang penting
bagaimana sudut pandangan kita terhadap ujian yang kita hadapi.Kalau kita lihat
dari sudut positif ujian itu maka positiflah ia.Kalau sebaliknya jadilah
sebaliknya.


