HELLO!!

Friday, 30 October 2015

BESTIE

Assalamualaikum,
Pada kali ini nak berkongsi tentang ‘bestie’ atau maksudnya sahabat hingga ke syurga,,Hehehehe,tetiba tajuk tu terbit dari fikiran dan berlegar-legar di fikiran ketika ini..Terkadang bila terkenang-kenang menitis juga la air mata.Dari tadika,sekolah rendah,sekolah menengah dan matrikulasi mestilah ada bestie kan??Tapi untuk kali ini aku cuma nak cerita tentang bestie dari tadika hingga sekarang dan bestie dari tingkatan 1 sampai sekarang.Untuk bestie waktu kecil sampai sekarang walaupun kitorang dah jarang jumpa tapi keluarga kami sangat rapat antara satu sama lain kami membesar bersama-sama dari kecil tadika sama-sama sampai umur 6 tahun dia pindah tadika dari ABIM kesekolah cina dan aku masih ditadika tersebut,,Walaupun dah tak sekolah sama-sama dan terputus hubungan sekejap.Dan lepas tu kitorang jumpa balik dan bila hari raya dia dan family dia akan datang dan kalau keluarga aku buat majlis kahwin abang-abang dan kakak aku family dia pasti akan datang.Satu lagi aku panggil dia punya mak dan ayah Umi dan Ku.Sebaliknya dia akan panggil mak dan ayah aku ma dan pa.


Untuk bestie sekolah menengah,aku jumpa dia dari tingkatan 1 di SMA maarif dan dalam kelas kitorang duduk sebelah-sebelah je.Dan waktu dia dapat tawaran pindahsekolah waktu tingkatan 4,aku pun dapat tempat yang sama.Ya allah waktu rasa bersyukur sangat. Tak sangka persahabatan kami tak hanya sampai tingkatan 3.Sekarang,dia berada di IPG dia masuk lepas SPM lagi..Dan yang buat aku terharu lagi walaupun dia sibuk dengan tugasan dia still bertanya khabar aku dan sentiasa bagi aku kata-kata semangat tatkala aku sedang berada dalam kesedihan dan putus asa.Sebelum masuk UKm pun dia ada tanya pasal keputusan UPU dan selalu la jugak update pasl aku.Terharu sangat.Thanks bestie for caring about me Nursyahirah Bt Abd Rahim.Semoga menjadi pendidik yang berjaya dunia dan akhirat.Ooo,,secara kebetulan bestie yang aku cerita kali ini dua-dua merupakan bakal pendidik seorang akan jadi guru english dan seorang lagi bakal menjadi ustazah.

Last but not least,harapan aku hubungan persahabatn antara kita akan kekal selama-lamanya.Insyallah.Uhibbukunna Fillah.Insyallah

Thursday, 29 October 2015

Makanan

Assalamualaikum,

Bagi post tema kali ini tentang makanan.Wah kalau bercakap tentang makanan memang takkan habis sebabnya terlampau banyak jenis makanan yang ada tu tak termasuk lagi makanan wajib bagi setiap negeri.Makanan yang paling aku  suka adalah nasi kerabu sedap kot.Lagi satu sebab warna dia menarik.Sekali masuk dalam mulut,,Perghhh,tak terkata betapa nikmat dan sedapnya.Tapi nasi kerabu tu mestilah buatan dari negeri kelantan sebabnya kalau kat tempat lain bukan tak sedap tapi kurang umphh sikit.Hihihii.Seterusnya,makanan yang menjadi makanan yang sentiasa dinanti-nantikan adalah nasi arab buatan ayah sebabnya nasi arab tu ayah jarang buat kalau masak pun bila ada open house ataupun ada majlis-majlis tetentu.Jadi, kalau jarang-jarang makan pun tak apa sebab bila dah makan puas hati.Lagi pun nasi arab yang ayah buat tu lain sikit.Disebabkan tak semua tetamu yang datang makan kambing jadi nasi tu ayah akan campur dengan ayam supaya semua dapat makan dan gulai kambing tu akan diasingkan.Makan sikit pun dah kenyang sebab dia cepat muak,,hihihii,,Itu sahaja untuk post aku tentang makanan..


Wassalam.


Sunday, 25 October 2015

E.X.P.E.R.I.E.N.C.E

Assalamualaikum,,

Post kali ni nak ceritakan pengalaman. Sabtu hari tu join untuk jadi AJK untuk citra taekwando dekat Ibu Zain . Dah lah kene jalan kaki sebab hujung minggu cuma ada bas zon 6 dan bas tu tak lalu Ibu zain so terpaksalah jalan kaki mendaki tangga yang berliku-liku setiap kali berhenti ingatkan dah sampai tapi rupa-rupanya belum.Tapi sepanjang perjalan mendaki tangga tu dapatlah tengok pemandangan hijau yang sangat cantik dan tenang.Selepas sampai dekat kafe Ibu Zain kami dibahagikan mengikut tugasan dan aku antara orang yang terakhir yang tak dapat untuk buat pilihan buat tugasan apa. Tugasan yang aku dapat adalah untuk mengacara majlis dan dalam satu kumpulan ada  4 orang kitorang gilir-gilir untuk jadi pengacara perlawanan.Yang lain jadi time keeper dan inspection. Waktu tu aku cakap lah dekat senior yang bagi tugasan tu yang aku tak nak jadi pengacara untuk majlis tu.Pastu dia cakap tak boleh..Waktu tu memang gelabah gila kot sebab sebelum ni tak pernah jadi pengacara.Itulah pengalaman yang menarik dan seronok walaupun waktu tu gelabah sangat.Tapi bagi aku untuk kali pertama okay la kot,,Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar walaupun mula-mula tu macam kalut jugak la..”Every experience,good or bad ,is a priceless collector’s item”. “Experience is something that you cannot learn from others, but only by yourself”.

   

SESAL

Assalamualaikum,,

Post aku pada kali ini adalah bertemakan sesal.Disebabkan temanya sesal jadi aku nak kongsi tentang sesal aku untuk lab test pada minggu ini.Perasaan sesal, sedih dan tu lah bila tak dapat jawab ujian aplikasi komputer dengan sempurna dan mengikut masa yang ditetapkan.Aku rasa macam bodoh sangat bila tak dapat jawab padahal semua nota yang sir bagi dekat dalam kelas dah ada dan ikut sebijik-sebijik tapi masih tak dapat .Hari sebelum lab test pun dah cuba juga soalan yang sebelum-sebelumnya juga. Tapi bila masa ujian bermula tak dapat menyiapkan dengan sempurna.Terdapat  sedikit kekesalan dekat situ.  Pastu baca blog sir yang dia cakap dia selalu pin point orang dan aku terasa adakah aku salah seorang dari itu??Hurmm,,Tapi kalau melihat dari sudut yang lain ketika lab test ni banyak benda yang aku dapat lihat yang aku tak nampak waktu hari kelas-kelas biasa aplikasi komputer.Dan aku rasa banyak hikmah yang aku dapat walaupun tak dapat jawab dengan sempurna.Semoga penyesalan aku ini dapat dijadikan pengajaran dan takkan berulang lagi..Walaupun rasa takut untuk result lab test sehingga sekarang.


Sunday, 18 October 2015

A DAY

Walaupun tak sampai sehari cuma hanya beberapa minit berada di kisas setelah 2 tahun tak menjejaki kaki ke sana tak dapat menggambarkan perasaan tu macam mana. Saat kaki melangkah kesana satu perasaan yng tak tergambar dan terluah.Semua kenangan pahit dan manis terbayang-bayang. Pertama kali juga berdikari untuk kesekolah menaiki dengan KTM ditemani ain.Thanks a lot friend sebab sudi temankan.Kalau tak sebelum ni kakak yang akan ambil sebabnya takut nak naik kenderaan awam.Tapi sekarang rasanya dah berani.Lepas ni kalau ada majlis dekat sekolah boleh lah pergi sendiri sebab sebelum ni ada majlis reunion tak dapat pergi tapi sekarang insyallah pergi kalau tak ada apa-apa kelas atau program.



BEBAN

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Jika kita lihat dan bertanya tentang beban semua manusia tidak akan terlepas daripada masalah yang bernama B.E.B.A.N. Tetapi yang membezakan antara beban seseorang dengan yang lain adalah bagaimana seseorang itu melihat beban itu dari sudut bagaimana. Beban antara seorang manusia dengan manusia yang lain memang berbeza sebagai contoh kemiskinan merupakan satu beban untuk orang miskin tetapi bagi mereka itu sudah biasa bak kata pepatah alah bisa tegal biasa,, Tetapi sebaliknya bagi orang kaya kerana bagi mereka sekiranya mereka tiba-tiba jatuh miskin ia menjadikan beban yang sangat berat untuk mereka seperti kepala dihempap oleh batu.Oleh itu,di dunia ini diciptakan manusia berbeza-beza untuk saling  bantu-membantu antara satu sama lain.


Bagi seorang pelajar beban mereka ialah komitmen terhadap belajar.Kenapa saya berkata begitu kerana sampai satu tahap apabila kita belajar dan dipenuhi dengan pelbagai tugasan serta masalah dalam pembelajaran akan keluar satu suara kecil yang menyebabkan kita mengeluh ,berasa putus asa dan berasa belajar itu merupkan satu beban.

Sebenarnya jika kita lihat kembali setiap beban yang kita lalui atau tempuhi bukanlah untuk menyusahkan kita. Tetapi lihatlah setiap beban dari sudut positif itu pasti ada hikmahnya tersendiri.Mungkin disebabkan beban itu menjadikan kita lebih dekat dengan pencipta.kerana setiap beban yang kita lalui pasti ada jalan penyelesaiannya.

Sunday, 11 October 2015

PARENTS



Assalamualaikum post kali ini saya nak ceritakan pasal ibubapa,,Tak tahu la kenapa tetiba keluar perkataan tu.Mungkin teramat rindu??The truth that’s it.Saya rasa bila saya berada jauh daripada ibubapa, saya lebih belajar untuk menghargai pengorbanan dan jasa mereka.Kalau berada dekat bukan tak menghargai langsung tapi kuranglah sikit.Dulu waktu sekolah menengah susah nak balik time cuti panjang barulah dapat balik time tu memang spend time betul-betul l walaupun waktu tu homework bertimbun-timbun sebab bagi saya masa tu la saya ada waktu dengan mereka memang kerja tu penting tapi macam tu la.Bila waktu matrik pulak pensyarah pesan belajar lah betul-betul  jangan buat hal sebab ingat perasaan ibu bapa terutama yang duduk jauh tu apa la perasan mereka bila kita buat camtu.Then ,dia juga pesan call la diorang kalau bukan tiap-tiap hari seminggu sekali jadilah..Lepas tu,tiap-tiap hari aku akan call walupun cakap sekejap sebab bagi aku belajar belajar juga tapi kita kena lah ingat diorang. Jangan suatu hari nanti kita menyesal sebab tak buat benda tu sebab kita kan duduk jauh dalam masa tu apa-apa pun boleh terjadi kan?Kita tak tahu. Akhir sekali,apa-apa pun yang kita nak buat ingatlah mak  ayah kita, sebab setiap apa yang kita buat pasti tempiasnya akan terkena pada mereka.

10.10.2015??






10.10.2015??Blurr betul bila sir bagi tajuk tu,,Time dekat lab sir bagi contoh crush, Then, aku plak time tu dah ting tong nak buat pasal apa sampai sekarang. Punya la fikir apa lar yang menarik dan ada pada tarikh tu.Semalam, aku buka facebook pastu nampak kak ipar update status pasal hari sukan dekat dia punyerr wall,Barulah semalam tahu Hari Sukan Negra pada 10.10.2015,,Sedih betul baru tahu.bhahaha,,.Then,buka instagram kawan dekat UUM dia post  tentang  hari sukan dekat sana..Saje jer kan nak buat orang jelez,,Tapi serious meriah dan nampak macam seronok je sebab aku ni jenis tak aktif sukan tapi suka tengok orang main sukan. Antara sukan yang suka tengok orang main ialah sukan badminton,bola keranjang dan bola jaring.Tapi saya suka naik basikal itu boleh dikategorikan sukan juga kan??hehehehe..Itu je lah yang saya dapat kongsikan tarikh 10.10.2015

Sunday, 4 October 2015

MOMENTS


Assalamualaikum,

Coretan pada kali ini berkisarkann serba sedikit detik-detik di asrama.
Kenangan yang  manis pahit suka dan duka waktu tingkatan 4 dan 5,tinggal di asrama biasalah kan ada jer yang tak kena dan tak puas hati.Terutamanya kitorang punya dormates ikut sistem rumah dan ada markah merit dan demerit.Setiap pagi kitorang kena tegangkan katil tu setegangnya tak boleh ada kedut sikit pun dan tak boleh tertinggal barang dekat toilet mahupun bilik sekalipun kalau tidak markah rumah akan berkurang.Kadang-kadang rasa macam tinggal kem tentera pulak.Setiap hujung minggu,kitorang kene cuci toilet,bilik basuh dan dorm waktu tu mood setiap orang akan swinging so janganlah banyak tanya.Hujung minggu time ada inspection itu la paling orang stress sebab kene buat semua benda demi  menambahkan  markah rumah masing-masing dan menjaga kebersihan.Pada keesokan paginya, ketua pelajar akan memeriksa  kadang-kadang yang tak patut ditolak dia tolak tingkap kalau boleh yang tak sampai pun usaha juga sebab nak tolak markah.Sabar je lah.

Waktu makan malam pula,semua wajib turun sebelum pukul 6.15 kot kalau tak kene denda. Tak kisah lah kau kenyang ke apa ke.No excuses.Semua wajib kene turun.Aku ini bukan baik sangat pun kadang-kadang ponteng juga turun.Pendek kata semua berperaturan la.Kadang rimas juga.Keluar asrama ada masa,balik bermalam tak boleh lambat,solat wajib turun surau 5 waktu magrib isyak wajib berjemaah dan subuh pun wajib berjemaah tak boleh masbuq.Semuanya ada denda kalau langgar.Tapi macam biasa kadang-kadang aku akan terlanggar juga.Memang rasa terbeban sikit.tapi lama-kelamaan jadi terbiasa dengan kehidupan dekat sana.

Kesimpulannya,sebenarnya banyak sangat pengajaran daripda peraturan yang sudah ditetapkan. Walaupun kadangkala kita rasa benda tu menyusahkan tapi bila keluar rasa rindu pulak dengn rutin itu.Tetapi bila dah tamat dari sekolah tu dan masuk ke tempat baru dengan peraturan juga kita akan rasa terbiasa walaupun bagi orang lain benda tu berat.Walaupun rasa terbeban tapi kita kena ingat allah tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya.


MENTOR


MENTOR

Assalamualaikum,

Berkaitan dengan tugasan tema iaitu mentor pada kali ini,apa yang saya tahu dan boleh kongsikan mengenai mentor ialah mereka merupakan pembimbing dan penasihat kita sewaktu diluar bilik darjah atau pembelajaran. Kita boleh berkongsi apa sahaja yang kita mahu berkongsi dengan mereka untuk mendapatkan bayangan cara penyelesaiannya.Mentor ini juga, tak semestinya kita ada masalah barulah sibuk-sibuk nak cari. Tapi mentor ni kita boleh jupa bila-bila masa waktu mereka free dan tak kira dekat mana pun kita jumpa mereka lebih baik tegurlah  sebagai tanda hormat dan menghargai mereka.

Pengalaman program mentor-mentee dari sekolah menengah sampailah  matrik. Kalau nak cerita dari sekolah  sampai matrik memang tak la kan.Jadi, post mentor kali ini saya coretkan program mentor-mentee dekat matrik Walaupun kami  tak selalu membuat  perjumpaan dengan mentor  tapi bila dah jupa memang manfaatkan dengan  betul-betul  bincangkan  nak buat program itu ini yang dapat memberi manfaat untuk diri sendiri dan kepada orang lain,,Disebabkan  kekangan masa  kami dapat buat aktiviti menderma baju yang tidak dipakai dan masih boleh digunakan disedekahkan kepada rumah  anak yatim dan mengadakan  jamuan dalam kolej.


Maksudnya mentor  ini bukan sekadar  tempat rujukan masalah sahaja . Malah, kita boleh  sahaja memberi  cadangan pada  mentor untuk mengadakan program bersama-sama untuk mengeratkan sesama ahli mentee dan juga mentor.Lastly, hormat dan hargailah mereka.