HELLO!!

Monday, 21 December 2015

ROOMATE

Assalamualaikum

Post bebas kali ini adalah aku nak ceritakan tentang rakan sebilik aku.Dia merupakan budak pengajian islam dan senior.Maksudnnya lagi tua dari aku.Jujur la waktu mula-mula tu aku sukar untuk menerima sebab aku takut benda yang sama aku lalui dulu.Tapi setelah itu,setelah fikir-fikir balik dan muhasabah,,cewahh,,bukan ke doa aku sebelum ini termakbul..Mungkin dia adalah rakan sebilik yang terbaik untuk aku sebab itu la allah hadirkan dia dalam hidup ku.

Dia banyak mengingatkan kembali apa yang aku pernah belajar sebelum ini,,Kiranya apa yang aku belajar sebelum ini bukan semata-mata untuk peperiksaan sahaja.Dan dia juga banyak bagitahu apa yang aku tak tahu.Seronok la.Beroomate dengan orang yang berbeza kos dan umur.Banyak benda yang boleh ketahui bukan dalam skop pembelajaran untuk kos aku jer.Disamping itu,dia juga akan saling kejut-mengejut untuk solat terutamannya waktu subuh.Saling mengingati.Dia juga buat aku kagum dengan sesuatu yang aku tak mampu untuk tafsirkan.

Rasa sunyi bilik ini bila akak tu sibuk dan aku pun sibuk.Kadang-kadang malam pun dua-dua tidur.Dan ada satu masa rasa terhru sangat kitorang berkomunikasi melalui whatsapp.Kelakar kan??Tapi....Entah la nak cakap macam mana rasa macam ukhwahh yang kuat..Insyallah.

Itu sahaja yang aku mampu post untuk kali ini.


Sekian.

Epilog

Assalamualaikum

Post pada minggu ini adalah post  wajib terakhir untuk aplikasi komputer iaitu epilog.Walaupun kelas aplikasi komputer dah berakhir tapi tak bermakna ilmunya berterbangan begitu sahaja.Insyallah akan diaplikasikan sebagaimana namanya,,Hihiihi.Epilog adalah pengakhiran.Seperti yang aku post sebelum ini adalah prolog yang bermaksud permulaan.Setiap permulaan ada pengakhirannya kan??

Jadi pengakhiran sem 1 dah bermula,walaupun peperiksaan akhir belum bermula.Tetapi secara tak rasminya kira dah berakhirlah kan..Alhamdullilah apa yang aku dapat simpulkan untuk sem 1 ialah belajar daripada kesilapan jangan mengulanginya lagi untuk sem 2.Tetap berusaha sebaik yang mungkin.Apa yang penting berbalik pada niat.

Pada masa yang sama,minggu ini adalah minggu pembentangan.Semoga semua berjalan dengan lancar.Kebanyakan aku lihat semua kumpulan dah macam happy family dan macam-macam ragam dapat tengok.Yang paling penting aku suka tengok semua kumpulan bertungkus-lumus menyiapkan video.Ada yang nak berahsia,kira macam surprise gitu..Tak kisah lah apa-apa pun asal bahagia.
Akhir sekali,jangan stress sangat.”Noted for myself too”.Setiap kepayahan,kesulitan,kesukaran  dan pengorbanan yang dilakukan pasti diiringi dengan seribu hikmah yang tidak kita ketahui..Macam doa kita minta yang pengakhiran juga yang terbaik.


Sekian

Sunday, 13 December 2015

Group@Kumpulan

Assalamualaikum

Untuk post bebas entry aku kali ini aku bercadang untukmenceritakn tengang ‘group’atau dlm bahasa melayunya kumpulan.Motif aku memilih tajuk ini sebab aku dan yang lain ada aktiviti berkumpulan untuk citra taekwando.Dan perlu melakukan demo untuk final bagi sem ini..Aku dan kumpulan aku  memang tak kenal antara satu sama lain.Pada mulanya ,aku bercadang untuk join kumpulan dengan roomate aku dan kawan-kawannya sebab fikir senang untuk berlatihh sama-sama memandang kami dari kolej yang sma.Tapi malangnnya kumpulan roomate aku tu hanya memerlukan seorang.Pastu,Aku decide join kumpulan orang lain.Isi jer kumpulan yang kosong walaupun tak kenal.


Pada permulaannya,memang sukar tapi diorang baik-baik jer..Semua dari kolej lain-lain aku,elyna dan ain kolej yang sama.Memang tak dinafikan aktiviti berkumpulan memang sukar untuk memberi komitmen..Minggu latihan banyak kali juga la aku tak dapat datang sebab ada kelas la,meeting kolej etc..huhuhu,,,kesian kat diorang,,Tapi diorang banyak bersabar dalam mengajar aku dalam pergerakan untuk demo..dan jujurlah aku katakan sampai satu tahap rasa putus asa.Halangan yang paling utama apabila makin dekat untuk persembahan makin malas nak turun berlatih,,Tapi gagahkan juga dengan tak samanya pergerakan..Tapi alhamdulilah persembahan hari ini okay lahh..Memang nervous takut..Tapi waktu tu dalam otak aku.Di samping menjalankan tanggungjawab,Aku nak buat yang terbaik dan have fun agar semua tu tak jadi beban kalau kita fikir buat benda tu hanya terpaksa dan lepas tu dahh.Memang akan rasa terbeban.Aku harap untuk pembentangan powerpoint,aku dapat bentang dengan baik.Dan dapat bercakap di khalayak ramai sebagaimana persembahan aku pada hari ni walaupun tak menggunakan suara,,

PROLOG

Assalamualaikum,
Tema post untuk  minggu ke -12 ialah prolog.Prolog merupakan permulaan penceritaan.Biasanya prolog ini kita dapat temui dalam novel-novel untuk menceritakan bahagian dalam novel tersebut atau ‘flashback’peristiwa yang telah berlaku.

Prolog juga boleh didapati dalam kehidupan kita dalam sedar atau pun tak.Hakikatnya,prolog juga wujud dalam hidup ini,,Pada permulaan penceritaan mungkin kisahnya tragis,suka dan duka mungkin juga perkara yang  kita tidak jangkaan.Tapi prolog kehidupan aku di sini,banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar  untuk sentiasa tabah dan kuat untuk menghadapi peringkat seterusnya.Macam main game juga.Aku  keluar dari zon selesa aku yang sebelumnya ,melihat dunia luar yang sebenar.Semua tak seperti yang aku mimpi dan aku dambakan.Tapi apa-apa pun permulaan penceritaan harus diteruskan juga kan??Walaupun perihnya walau sakit sekali pun...Sebab??Setiap permulaan ada pengakhirannya kan??So, untuk pengakhiran..’Just wait and see’.What’ll happen,,Happy ending or......


Akhir sekali,aku ucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja kerana sudi hadir dalam prolog atau permulaan cerita aku.Dan sentiasa setia memberi tunjuk ajar,nasihat,motivasi,kata-kat semangat dan sebagainya..Harapnya ia akan terus kekal..Aku juga bersyukur prolog kehidupan aku tak adalah tragis sangat dan masih mampu ditangani..hihiihihi..Yang penting harus ada kesedaran..Harap post ini ada masuk dengan tajuk diberikan.

Sekian

Monday, 7 December 2015

NOVEL aKU



Assalamualaikum

Post yang wajib pada minggu ini ialah akronim menggunakan nama sendiri.Jenuh juga la fikir sebab tak tahu apa.Nama aku Nor Asiah.Jadi aku kena  cari perkataan yang bermula dengan huruf  N dan A.Agak sukar nak cari perkataan yang sesuai dan  jalan cerita yang boleh diceritakan tapi aku cuba,,hehehehe

Untuk akronim nama aku,aku memilih untuk menceritakan tentang “novel aku”.Pada mulanya aku tak suka baca novel.Aku masih ingat novel pertama yang aku baca adalah Adam dan Hawa lepas tu memang dah tak baca da.Aku baca pun sebab diorang cakap novel tu best giler.Dan aku nak tahu apa lah best sangat baca novel ni.Jadi aku cuba la.Memang tebal lepas tu dah tak baca.Aku mula berjinak baca novel lepas tingkatan 5.Bosan kan.Nak kerja parents tak bagi.So novel  la jadi target aku.Memang  ketagih la lepas tu.Kalau pergi kedai buku memang la... Bahagian yang tak terlepas pergi adalah bahagian novel..hahahaha..

Akhir sekali,novel aku yang suka adalah terbitan penulisan2u,JS dan tak ingatlah ,,hihhiii,,Yang penting novel aku baca tu tulisan dia tak padat dalam satu muka surat..Aku tak suka sebab terlalu padat dan serabut,,,hihihii,,,Tu je yang aku mampu cerita tentang akronim nama sendiri..Ketandusan idea,,hiihii


Sekian

Sunday, 6 December 2015

<QALBUN, HATI,HEART>

Assalamualaikum


Post kali ini aku post pasal hati,heart tau Qalbun.Post ini bukan nak cerita pasal cinta atau seangkatan dengannya.Aku nak cerita betapa bersyukurnya kerana hati ini masih diketuk dan masih menerima,mendengar nasihat.Kenapa aku cakap macam tu??Hari sabtu hari tu aku pergi dengar ceramah yang bertajuk “Antara cinta dan maruah”.Apa yang aku nak higlightkan dekat sini ialah perjalanan ke panggung seni.Aku,Elyna dan Aisyah berjalan kaki. Pada mulanya aku nak pergi dengan bas tapi waktu tu dah nak dekat isyak dan aisyah nak solat dekat masjid secara berjemaah.

Saat dan ketika itu hati ini berasa sangat luluh tatkala kaki melangkah masuk ke masjid.Kerana terasa terlalu lama tak solat jemaah.Apabila mendengar alunan bacaan daripada imam rasa yang tak dapat digambarkan.Mungkin diri ini terlalu alpa.Tapi walau apa-apa pun aku rasa sangat bersyukur kerana hati ini masih menerima dan tak ‘rebel’.

Tatkala keluar daripada masjid terlihat jenazah.Hati ini terasa syahdu sangat terus terfikir bagaimanalah keadaan ibu bapa dan keluarga.Aku harap diorang dalam keadaan yang sangat baik.Aku juga terbayangkan macam mana keadaan aku kalau aku berada dalam keadaan itu.Adakah aku cukup kuat untuk menghadapi situasi itu??Hati ketika itu menangis dan hiba...

Aku berharap hati ini sentiasa hidup,segar dan tak mati....

Sekian,