HELLO!!

Sunday, 27 September 2015

Obses

Pada minggu ni saya diberi tugasan mengenai obses.Obses??Apa yang saya tahu mengenai obses adalah kegilaan seseorang itu terhadaap sesuatu perkara sehingga tidak mampu untuk mengawal dirinya sendiri . Obses juga  terdapat beberapa jenis antaranya obses terhadap harta, kecantikan ,perempuan dan sebagainya. Saya tertarik untuk mengupas tentang isu obses seseorang terhadap kecantikan.

Pada pendapat saya, untuk cantik adalah tidak salah sekalipun bahkan sangat digalakkan kerana melaui kecantikan itu kita akan lebih yakin untuk tampil kehadapan dan mampu untuk menarik ramai audient ,tetapi yang salah adalah terlalu OBSES sehinggakan tidak mampu untuk mengawal kehendak diri sendiri yang berlebihan. Jika kita lihat pada masa kini, ramai yang sanggup berhabisan wang ringgit untuk tampil cantik. Ada yang sanggup untuk melakukan suntikan vitamin c, botok dan pembedahan plastik serta membeli produk-produk kecantikan tanpa memikirkan produk tersebut mendapat kelulusan dari kementerian kesihatan ataupun tidak. Terkadang orang yang obses terhadap kecantikan juga  tidak boleh melihat orang yang lebih cantik daripada dirinya dan berasa terancam hingga menyebabkan perempuan  tersebut melakukan rawatan muka secara berlebih-lebihan hingga membawa padah terhadap diri sendiri.


Akhir sekali,Sebagai renungan bersama kita harus berfikir apa motif utama untuk kita cantik??. Jika cantik itu dimiliki sejak dilahirkan itu adalah keistimewaan bagi dirinya tetapi yang biasa-biasa yakinlah bahawa setiap individu telah diciptakan dengan kelebhan masing-masing.. Oleh itu,janganlah terlalu obses pada kecantikan. Belajar untuk bersyukur .

Simple about me (bebas)

Indah cempaka kerana bunganya ,indah orang kerana namanya. Nama diberi Nor Asiah Binti Zali@Nawi. Berasal dari Besut ,Terengganu. Merupakan anak bongsu dari sembilan adik-beradik.Saya pernah menggunakan senapang colt m16,berkayak ,menaiki flying fox dan abseiling sebelum memasuki ukm.Sebelum memasuki Ukm saya pernah menuntut di sekolah besut dari sekolah rendah sehingga tingkatan 3. Setelah itu, saya mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran tingkatan 4 hingga 5 di Klang,Selangor.Saya menerima untuk bersekolah ke sana selama dua tahun untuk mencari pengalaman yang baru walaupun hakikatnya hati ini berasa sangat berat untuk meninggalkan keluarga kerana sebelum ini tidak pernah berenggang dengan mereka.


Setelah menamatkan pembelajaran di Klang,Selangor saya mendapat tawaran ke Universiti Islam Antarabangsa dalam kos Asasi Architecture Environmental Designer(AED) dan ke Matrikulasi Melaka. Pada waktu itu,saya keliru untuk memilih yang mana satu, kerana saya memang menginginkan untuk memasuki UIA tapi bukan dengan kos tersebut. Setelah beristikharah, saya memilih untuk memasuki matrikulasi walaupun banyak dugaan dan liku-liku yang dihadapi disana. Pa dan ma sering memberi semangat ketika saya hilang semangat. Tapi alhamdullilah saya bersyukur sangat setiap deraian air mata serta berkat doa dan pertolongan dari insan-insan yang saya sayangi membuahkan hasil. Kini, perjalanan hidupku bermula di Ukm. Semoga perjalanan saya sebagai seorang umat, seorang anak dan seorang pelajar dipermudahkan.