HELLO!!

Monday, 21 December 2015

ROOMATE

Assalamualaikum

Post bebas kali ini adalah aku nak ceritakan tentang rakan sebilik aku.Dia merupakan budak pengajian islam dan senior.Maksudnnya lagi tua dari aku.Jujur la waktu mula-mula tu aku sukar untuk menerima sebab aku takut benda yang sama aku lalui dulu.Tapi setelah itu,setelah fikir-fikir balik dan muhasabah,,cewahh,,bukan ke doa aku sebelum ini termakbul..Mungkin dia adalah rakan sebilik yang terbaik untuk aku sebab itu la allah hadirkan dia dalam hidup ku.

Dia banyak mengingatkan kembali apa yang aku pernah belajar sebelum ini,,Kiranya apa yang aku belajar sebelum ini bukan semata-mata untuk peperiksaan sahaja.Dan dia juga banyak bagitahu apa yang aku tak tahu.Seronok la.Beroomate dengan orang yang berbeza kos dan umur.Banyak benda yang boleh ketahui bukan dalam skop pembelajaran untuk kos aku jer.Disamping itu,dia juga akan saling kejut-mengejut untuk solat terutamannya waktu subuh.Saling mengingati.Dia juga buat aku kagum dengan sesuatu yang aku tak mampu untuk tafsirkan.

Rasa sunyi bilik ini bila akak tu sibuk dan aku pun sibuk.Kadang-kadang malam pun dua-dua tidur.Dan ada satu masa rasa terhru sangat kitorang berkomunikasi melalui whatsapp.Kelakar kan??Tapi....Entah la nak cakap macam mana rasa macam ukhwahh yang kuat..Insyallah.

Itu sahaja yang aku mampu post untuk kali ini.


Sekian.

Epilog

Assalamualaikum

Post pada minggu ini adalah post  wajib terakhir untuk aplikasi komputer iaitu epilog.Walaupun kelas aplikasi komputer dah berakhir tapi tak bermakna ilmunya berterbangan begitu sahaja.Insyallah akan diaplikasikan sebagaimana namanya,,Hihiihi.Epilog adalah pengakhiran.Seperti yang aku post sebelum ini adalah prolog yang bermaksud permulaan.Setiap permulaan ada pengakhirannya kan??

Jadi pengakhiran sem 1 dah bermula,walaupun peperiksaan akhir belum bermula.Tetapi secara tak rasminya kira dah berakhirlah kan..Alhamdullilah apa yang aku dapat simpulkan untuk sem 1 ialah belajar daripada kesilapan jangan mengulanginya lagi untuk sem 2.Tetap berusaha sebaik yang mungkin.Apa yang penting berbalik pada niat.

Pada masa yang sama,minggu ini adalah minggu pembentangan.Semoga semua berjalan dengan lancar.Kebanyakan aku lihat semua kumpulan dah macam happy family dan macam-macam ragam dapat tengok.Yang paling penting aku suka tengok semua kumpulan bertungkus-lumus menyiapkan video.Ada yang nak berahsia,kira macam surprise gitu..Tak kisah lah apa-apa pun asal bahagia.
Akhir sekali,jangan stress sangat.”Noted for myself too”.Setiap kepayahan,kesulitan,kesukaran  dan pengorbanan yang dilakukan pasti diiringi dengan seribu hikmah yang tidak kita ketahui..Macam doa kita minta yang pengakhiran juga yang terbaik.


Sekian